January 27, 2013

Doa untuk bakal suami

Salam,

Alhamdulillah,setel sudah segala bagai dokumen utk nikah nanti..setel sudah interview nikah,haaahhh lega dapat soalan ambil syarat haha. Dari 20 soalan,kena jawab 3..sekarang dh boleh setelkan final touchup untuk persiapan lain2 yg hanya tinggal kurang dari 2 bulan lagi nih. :)

27 JANUARI 2013

Sebenarnya entry kali ni nk dedikasikan utk insan tersayang pika..sempena hari ulangtahun kelahirannya yg ke-25,tak dak apa hadiah yg istimewa..hanya mampu titipkan doa buat dia yang bakal menjadi suami pika satu hari kelak. Insyaallah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Kek 2011 & 2012...tahun ni xdapat nk suprisekan mcm sblm2 ni..
Maaf ya dauss. :)



Ya Allah
Sekiranya suami ku nanti adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakikan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku nanti adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha ats segala perbuatannya
Sekiranya suamiku nanti adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaanya
Sekiranya..
suamiku nanti jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk mengahadapi segala karenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku nanti ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suamiku nanti tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suamiku nanti tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keaadaannya.
Sekiranya suamiku nanti menyintau kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka,berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbal Allamin

* Seriusly sangat sebak time dok taip doa ni utk dia.

January 21, 2013

Interview Permohonan Nikah

Salam

Hari rabu ni pka ada interview untuk permohonan nikah,haaaaahh interview!!!yeaahh kami bride to be or groom to be dari penang memang akan kena interview dulu time buat permohonan nikah nanti..nk cakap bukan 1 2 soalan tau,20 wajibb kot. Klu kena ustaz baik hati sikit,dapat la dia tanya ambil syarat jer. So ni pika nk kongsikan 20 soalan yg yg pihak Pejabat Agama dh sediakan skali dgn borang nikah,mmg da boleh study awal2 dah sebelum g interview tu heee.

1. Mengucap 2 Kalimah Syahadah
2. Istigfar
3. Selawat
4. Bacaan Al Fatihah
5. Rukun Islam
6. Rukun Iman
7. Sebab-sebab berhadas besar
8. Larangan ketikan berhadas besar
9. Lafas niat dan cara mandi hadas
10. Bahagian-bahagian air
11. Bahagian-bahagian najis dan cara bersuci
12. Rukun wuduk dan perkara yang membatalkan wuduk
13. Solat dan rukun solat
14. Rukun nikah dan perkara yang berkaitan
15. Tanggungjawab seorang isteri,suami & bersama
16. Tanggungjawab suami terhadap anak-anak
17. Aurat lelaki dan perempuan
18. Waktu-waktu haram bersetubuh
19. Talaq
20. Hak-hak selepas penceraian

Haaa semput kan,risau jgn ckp la..bkn risau tak lepas ke apa,risau blur masa kena interview tak pepasal jer hehe. Then after da abes kena interview tu yeaaa,bole kawen dah. :)

January 18, 2013

Our Journey 17 March

Salam,hari tu cakap nk update pasal status tarikh tapi tak terupdate lg kan..so hari ni rasanya dh sesuai kot..alhamdulillah,dengan persetujuan kedua2 belah pihak & dapat kata sepakat..tarikh ni yg kami pilih..

Nikah
15 March 2013
3 JamadilAwal 1434H

Resepsi

Our Journey 17 March
In a Relationship - 17 March 2008
Engaged - 17 March 2012
Tarikh ni sgt sentimetal sungguh bg kami,tak tau la camna pon dua-dua beria nk tarikh ni hahaa. Nasib la kena hari ahad,berpeluang jugak. 
Married - 17 March 2013
5 JamadilAwal 1434H



Bertandang
30 March 2013
18 JamadilAwal 1434H

Insyaallah,moga semuanya berjalan lancar dengan IzinNya..Aminn. 

January 12, 2013

Air mata bonda

Salam semua,

Nak dijadikan 1 crita, kelmarin terlihat bonda sdg leka menjahit tirai dinding utk bilik anak bongsunya ni..trus mengambil tempat duduk di sebelah bonda,sambil pura-pura bertanya apa yg dibuatnya walaupon sebenarnya dah tahu heee. Actually time drive balik keja,mmg dah terfikir utk tanyakan sesuatu dgn bonda..dah alang2 bonda mmg tengah free n tak dak adik bradik lain time tu..ni la peluang nak tanya.

Mula dgn topik pertama,perihal overall majlis..dr permulaan persediaan seminggu sebelum camne keadaan,sehingga ke selesai majlis siapa yg akan selesaikan urusan itu ini..yea,mak terangkan satu persatu..yeaa lega hati,semua dh disetkan mereka adik bradik..nasib baik jugak ada pengalaman dgn majlis 3 kakak saya,tak la kalut sgt..setel.

Terus dgn topik kedua,mengenai barang apa yg belum cukup..apa yg perlu ditambah lagi,apa yg sudah siap sepenuhnya. Selesai utk yg itu terus utk topik terakhir..nk dibuka mulut utk bertanya pon dah xsampai hati,tp cuba utk kuat. Minta restu mak utk keluar duduk rumah sewa lepas selesai majlis kedua2 belah pihak..yea mmg time tu kita dh jd hak suami,tp fikirkan tanggungjawab dia selama ni tak salah kita minta restu dia dulu. Mak terdiam seribu bahasa,dipandangnya wajah saya dgn muka yg mulanya td agak tersenyum..serta merta bertukar suram. Perlahan-lahan bait2 ayat keluar dr mulutnya..bermula dgn

"Sebenarnya,bukan mak tak benarkan..cuma mak belum bersedia,tinggal la dulu seminggu dua lagi,tak kan dah selesai2 tu terus nk keluar rumah mak" dgn tiba2 air mata bonda menitis laju,dikesatnya perlahan2 ..tersentak terus. Bonda x habiskan kata2nya takot anak dia ni terasa mungkin..tp bonda menyambung dgn nasihat super menusuk kalbu okeh.

"Anak bongsu mak,anak paling ketegaq,anak paling susah nk dengar cakap,anak paling kuat memberontak dan anak paling banyak songeh dah bakal jd milik org..buang semua perangai tu,jd isteri yg solehah..patuh dgn suami,jgn buat perkara yg dia tak suka..jgn jatuhkan air muka dia,igt pesan mak...lepas ni semua dosa anak mak ni ditanggung oleh dia,so berfikir sebelum bertindak..jgn ikutkan perasaan amarah yg kuat tu..Klu bergaduh cari jalan penyelesaian bukan masing2 menunding jari..ini nasihat n bekalan dr mak utk anak mak,ingat." Haaa sekali bonda keluar ayat nih,dah tak terkira dh air mata ni laju ja turun...sambil tu saya dptkan bonda mohon maaf atas salah silap selama ni..berdrama sebabak jugak la kami time tu.


Hurm,mcm2 perasaan kan dah nak dekat2 ni..awal2 dulu eksaited ya amat,tp bila dh dekat bru trasa kesan sebenarnya kan. Kdg2 balik keja,tgk mak abah dh terpk..bapa hari lg jer nk dok bawah ketiak bonda. Dah tu skrang ni mmg rajin sgt  marah2 org,ini xkena itu xkena..kdg2 bonda pon terkena tempias. Officially dh jd BRIDEZILLA okeh,marah xbertempat pon ada kdg2...Hope tak la melalut perangai ni sampai kawen nnt. hehe.

January 7, 2013

MISI JANUARY

Salam semua,

Haaa baru terasa nak update entry baru,tu pon sebab beberapa misi utk bulan januari ni dah selesai dengan jayanya. Legaa??haahh super duper lega la sikit even menyesakkan sikit utk bajet bulan ni haha..bukan ape,hal mana yg dah boleh selesaikan baik selesaikan terus kan. Karang lagi biar lagi banyak yg nak kena setel dalam keadaan yg sangat2 rushing.

Suka saya tgk checklist sendiri sebab dah banyak yg dah siap,tinggal nk final touchup je lagi. Daus pon dah banyak sibukkan diri siapkan itu ini cari itu ini bila tgk tunang dia ni kalut bagai,haaa baru dia tau penangan bebelan saya yg susah nk ada kesudahan bila mula haha. Antara yg dapat diselesaikan bulan ni,

Dah jumpa rumah sewa,dh pegi melawat & then dah selesaikan bayaran sewa..tunggu utk mengemas masok jer,haha xsempat nk snap pic rumah gara-gara tertinggal kamera kat rumah. Seriusly agak selesa ngan rumah yg kami dapat ni. Even rumah flat jer,tp selesa dengan keadaan ruang tamunya,dapurnya,biliknya. Tak sabar nk deco2 eric sendiri haha.


Dah selesai booking utk pakej honeymoon,ecehhh langkah awal jugak la sebab kami pegi time event LIMA..takot full house pulak nanti,tak pasal2 kena merempat. Aceli ramai yg suggest jgn ambil pakej honeymoon sebab rugi,yeahh xdinafikan tapiiii kan saya still nak jugak sebab nk rasa romantik la konon ada itu ini bagai haha..layankan kejap hati ni,kali ni jer. Tapikan pakej yg saya attachkan ni antara yg paling murah la,tempat lain yg saya dapat quot pon dlm RM1K ke atas jugak la. Nak tak nak,terpaksa jd demand & pilih yg murah..maklumla pengantin bajet.



Taraaa dah selesai cari baju untuk dayang2 kesayangan time akad nikah nanti..dengan harapan mereka2 sedondon bersama ecehh hehe. Warna diblurkan nk suprisekan mereka-mereka hehe.



Last skali,TQ tag dah siap & selamat sampai kerumah..saiz yg sgt2 comel anyonyo,tp ada sikit kesilapan tarikh sebab saya terlambat comfirkan tarikh yg diubah last minit hari tu..tak ada masalah,ada inisiatif lain utk tutuk tarikh tu then gantikan dgn tarikh sebetulnya.

Checklist MISI utk bulan depan pulak,yeaahh bulan yg penuh kepadatan lagi la jawabnya.

1. Kemas & masukkan perabot ke rumah sewa utk Daus masok tinggal disitu terlebih dahulu.
2. Fitting & pickup baju nikah.
3. Hujung bulan Fitting untuk baju resepsi.
4. Selesaikan pembelian hantaran untuk bahagian groom,ahaha bahagian saya dah terlebih dahulu selesaikan awal2.
5. Selesaikan dokumen utk borang nikah.
6. Pos kad kawen & banyak lagi tapi dah lupaaa hehe.