December 17, 2012

Suami Isteri: "Belajar Bercakap"

Salam semua,

Hari ni dapat tag dari fb Daus,dah dekat2 majlis ni alhamdulillah dia dah makin rajin plak cari tips itu ini..persediaan awal katanya haha. Pka nak kongsikan salah 1 tips yg mmg agak menarik utk tatapan semua sebagai persediaan melangkah ke alam perkahwinan mahupon yg dah melangkah heee. Tajuknya "Belajar Bercakap" dengan bakal suami kita nanti,yeaaa even kita dh rasa kita ni dah habis hormat dia..tp igt,kdg2 ada jugak dalam tak sedar kita sendiri dah sakitkan hati dia kan..so jom sama-sama kita hayati kejap tips yg agak panjang berjela ni tapi berguna.


Isteri A berkongsi, sebagai seorang student yang berjumpa suami jarang-jarang...
"Dah lah jarang berjumpa, bila jumpa, suami tak tanya pun khabar saya.." luah isteri ini yang baru sebulan dua bernikah.
"Suami tahu tak...?" tanya saya.
"Takkan itu pun nak bagitahu...?" jawabnya.
Isteri B pula berkongsi, banyak perkara-perkara 'kecil' yang dia suka suaminya lakukan.. Antaranya,
"Bila keluar pergi kerja, saya suka kalau suami cium dahi saya.."
"Suami tahu tak..?" tanya saya.
"Malulah nak bagitahu..."jawabnya.
Saya bukanlah orang yang arif lagi berpengalaman luas tentang pernikahan, apatah lagi pernikahan sendiri yang baru mencecah usia dua tahun. 'Masih belum menghadap realiti', kata sesetengah orang. Biasanya, setahun dua usia pernikahan dikatakan masih di fasa 'honeymoon',  jadi masih banyak perkara yang kita tidak nampak dan lalui.
Saya hanya kongsikan tentang persediaan pernikahan di sini berdasarkan apa yang telah dilalui dan dari pengalaman teman-teman lain yang juga telah berumahtangga.
Jangan abaikan perkara kecil
"Perkara kecil" seperti  tanya khabar 'Sayang apa khabar?' dan 'sepotong ciuman' ini adalah antara perkara yang perlu dikomunikasikan, jika tidak hal yang kelihatannya kecil ini perlahan-lahan memudarkan cinta di hati pasangan. Isteri rasa tidak disayangi, padahal banyak lagi kebaikan dan bentuk kasih sayang suami padanya.
Belajar bercakap
"Saya banyak belajar dari perceraian ini walaupun perit.. Di awal-awal perkahwinan dulu kami terlalu sibuk dengan kerja, hingga banyak perkara tidak sempat dikomunikasikan dengan baik. Kami selalu berselisih pendapat..." luah seorang isteri yang berakhir pernikahannya setelah 3 tahun bersama.
"Belajar bercakap..." maka itulah jawapan saya apabila ditanya  'Apakah persediaan sebelum bernikah?' oleh seorang teman yang bakal menginjak kaki ke alam pernikahan.
Kembali kepada 'belajar bercakap', bagi saya ia teramat penting. Bahasa modennya, berkomunikasi.
Sangat-sangat penting. Walau sibuk bagaimana sekalipun, tidak ada kesempatan untuk berdua menatap muka, jika kita ada masa untuk sms client tentang urusan yang berkaitan, untuk emel report dan segala dokumen lain atas urusan kerja, maka gunakanlah segala teknologi ini untuk menyusun seindah bicara mengkomunikasikan harapan dan kehendak pada pasangan. Untuk meneguhkan rumahtangga dalam pelayaran hidup yang sementara.
Bangunkan komunikasi
Sebelum bernikah, ada di antara kita yang begitu 'menjaga', hingga komunikasi tidak dibangunkan. Atau minima sekali. Tidak berbincang dan tidak ada perkongsian tentang apa dan bagaimana kehidupan suami isteri yang diharapkan.
Ada pula yang 'tidak menjaga', terlebih komunikasi – ungkapan rindu sayang bertali arus, hingga komunikasi menjadi begitu intim mengalahkan intimnya komunikasi suami isteri. Malah komunikasi yang keterlaluan membuka hati dan perasaan pada hubungan yang terlarang.
Maka sebelum bernikahan, kita berusaha membangun komunikasi yang pertengahan, bersederhana. Kuncinya, ittaqilah (taqwa). Secara langsung atau tidak langsung.
Ungkapkan harapan dan perancangan hidup kepada bakal suami atau isteri dengan kepercayaan dan ketelusan. Kongsikan latar belakang keluarga, kelemahan dan kekekurangan diri seadanya dalam berusaha membina penerimaan dan kefahaman. Luruskan expectationsyang meleset dari jangkauan supaya kelak tidak merasa 'tertipu' dengan penampilan luaran pasangan.
Hal-hal yang dikomunikasikan sebelum dan di awal-awal pernikahan adalah teramat penting dalam menentukan arah tuju kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Kita mungkin biasa terdengar, salah satu faktor utama perceraian ialah kegagalan komunikasi berkesan.
"Komunikasi berkesan... Apakah ini...? Complicated sangatkah?"
Ya, perkahwinanan akan jadi complicated bila kita tidak pandai bercakap. Tidak pandai menyuarakan keinginan dan tidak bijak menyuarakan ketidakpuasan hati tentang rumahtangga dan pasangan.
Bangunkan keserasian
Kita susah untuk serasi bersama suami isteri jika tidak tahu bagaimana menyatakan penghargaan dan kekecewaan. Banyak perkara ingin diluah, tidak terluah. Tidak tahu cara yang betul atau memang tidak suka untuk berkongsi. Dan, banyak juga yang tidak sepatutnya disebut dan diungkapkan, telah menjadi ayat dan bait-bait kata yang mencederakan perasaan pasangan.
Tidak dilupakan juga, lelaki dan perempuan 'bahasanya' berbeza walaupun maksudnya sama. Bukalah buku-buku tentang cara berkomunikasi lelaki dan perempuan.
Pada lelaki, bukalah 'women's dictionary'.
Pada perempuan, belajarlah ayat-ayat yang berhikmah lagi berkesan untuk memuji atau menegur kesalahan suami.
Contoh lain dialog suami isteri:
"Takde apa..ok je.." jawab si isteri walau mukanya menunjukkan 'ada apa-apa'.
"Oklah, kalau tak ada apa-apa, abang pergi dulu, kawan-kawan abang dah tunggu..." maka suami pun 'selamba' meninggalkan isteri yang mungkin ada masalah yang ingin diluahkan kepada suami. Isteri menahan sendu dan airmata, suami keluar dengan rasa tenang hati kerana merasakan 'semuanya ok, tak ada apa-apa'.
Wahai isteri, tidak semua para suami itu mampu membaca fikiranmu... Jawablah dengan bahasa yang difahami lelaki.
Wahai suami, tanyalah penuh perhatian menunjukkan kepedulianmu... Belajarlah sedikit bahasa psikologi seorang isteri.
Tidak perlu salahkan sesiapa, bukan salah sistem pendidikan yang tidak pernah ajar tentang psikologi pernikahan dan hubungan lelaki perempuan, bukan salah ibu ayah kita yang sering bercakap dengan bahasa yang saling menjatuhkan – lalu kita pun mengikut gaya bahasa sebegitu.. tapi..
TAPI.. mulakanlah dengan diri kita, yang akan bernikah dan telah bernikah.
Muhasabahlah cara kita berkomunikasi dengan pasangan, adakah CARA kita bercakap telah membantu menenangkannya, menggembirakan, memujuk, atau CARA kita bercakap sering 'membelasah' dan 'meremeh-remehkan' pasangan walaupun kita tidak berniat untuk meremeh-remehkannya, hingga hatinya terhiris terluka.
Setelah dua tahun bernikah ini, saya masih belajar meningkatkan komunikasi suami isteri. Selama dua tahun bernikah ini, saya juga telah komunikasikan banyak benda kepada suami. Komunikasi secara berdepan, melalui esemes (SMS) , wai-em (YM), emel dan lain-lain cara komunikasi yang ada.
Minggu-minggu terakhir sebelum bernikah, banyak pendedahan-pendedahan dari pihak suami kepada saya (bakal suami waktu itu). Beliau secara telus mengungkap pengharapannya kepada saya bakal isteri, beliau juga tidak segan mengkhabarkan kelemahan dan kekurangan diri buat persediaan untuk hidup bersama. Beliau turut menceritakan perancangan-perancangan jangka pendek dan jangka panjang setelah bernikah.
Ia tidak berhenti di situ. Setelah bernikah, komunikasi itu perlu kita teruskan dengan jujur dan hikmah. Setelah hidup berdua, sebumbung dan sekatil, kita makin mengenali karakter pasangan, kita makin memahami erti hidup berumahtangga.
Komunikasikan lagi apa yang telah kita dapat dari pasangan dan rumahtangga sejak minggu-minggu dan bulan-bulan awal , apa perkara yang kita syukuri pada ALLAH tentang pasangan, apa perkara yang kita ingin diri kita dan suami perbaiki, duduk bersama suami isteri memuhasabah tentang hubungan suami isteri secara berkala – mingguan dan bulanan.
Mulakan dari awal perkahwinan
Di awal perkahwinan, menbina keserasian dengan komunikasi ini sangat-sangat penting. Wajib menyediakan masa untuk bercakap dari hati ke hati. Kita sedang membina sistem rumahtangga, kita sedang mencari kesefahaman, kita sedang ingin menumbuhkan penghormatan dan kasih sayang pada insan asing yang telah bergelar suami atau isteri kita.
Setiap sesuatu sikap dan pemberian yang baik dari pasangan, kita hargai dan berterima kasih. Walaupun ia amat kecil pada kita. Supaya pasangan kita tahu dirinya telah berbuat sesuatu yang baik dan betul sebagai suami dan isteri.
Setiap sesuatu sikap dan tindakan pasangan yang tidak kita sukai, kita perlu luahkan walau kita bimbang dirinya akan berkecil hati dengan teguran kita. Supaya suami atau isteri tahu, dirinya telah berbuat sesuatu yang pasangan tidak selesa dan tidak gemari.
Yang boleh diubah, kita perbaiki. Yang memang tidak boleh atau terlalu sukar untuk diubah, kita terima dengan lapang hati. Ketika itulah rumahtangga mampu menjadi medan kasih sayang dan amal bakti setulus hati. Komunikasi yang baik akan melimpahkan keharmonian dan mendamaikan hati dalam melalui ujian dan dugaan kehidupan seharian.
Sebelum bernikah.. ya, kita tahu di dalam sebuah rumahtangga akan ada elemen kewangan, hubungan intim, mertua-ipar duai, kerjaya, anak-anak, hobi, leisure, aktiviti dan tanggungjawab lainnya... tapi kita hanya akan faham tentang elemen-elemen itu bila ia mula menimbulkan konflik dalam rumahtangga. Bila kita menghadapinya, ketika itulah kita akan mempraktikkan teori tentang pernikahan yang kita tahu.
Maka komunikasi teramat perlu untuk meredakan dan meluruskan konflik yang timbul.
Berkomunikasilah... Bagaimana pendapatan suami isteri dan kewangan keluarga dibahagi-bahagikan. Supaya suami isteri tak bersangka-sangka bahawa mereka hanya menghabiskan duit untuk kepentingan sendiri. Supaya suami isteri boleh bersinergi mengukuhkan bajet keluarga.
Berkomunikasilah... Apa cabaran dan kebaikan dalam pergaulan dengan mertua dan ipar duai. Jika tidak suka atau tidak selesa dengan gelagat mertua atau ipar duai, nyatakan secara jelas dan berhikmah pada pasangan. Jangan sekadar buat muka masam mencuka dengan kehadiran mereka yang tidak disenangi, jangan mencela tak tentu hala, namun duduk berbincang suami isteri, apa jalan tengah untuk meluruskan isu ini.. Perjalanan pernikahan kita masih panjang, tidak mungkin mampu kita hadapi jika perbalahan subur sentiasa.
Berkomunikasilah... Untuk mengindahkan hubungan intim suami isteri, untuk terus menyuburkan cinta kasih sesama pasangan. Harus bagaimana untuk saling memuaskan pasangan, harus bagaimana mencari masa berkualiti untuk bermanja-manja suami isteri sewaktu urusan anak-anak, tekanan kerja dan kewangan tidak pernah jauh dari fikiran.
Pastinya komunikasi tentang hubungan intim bukan di hadapan anak-anak, bukan sewaktu tengah lapar di meja makan, bukan ketika fokus memandu, tapi ketika ada ruang bermesra-mesra, ketika itulah sedikit-sedikit membina keserasian hubungan seksual. Bukankah ada kajian menunjukkan kadang-kadang bertahun-tahun baru suami isteri dapat menikmati hubungan seksual yang memuaskan...?
Namun segala isu ini- kewangan, keluarga mertua, hubungan intim dan lain perkara - kuncinya adalah komunikasi. Supaya timbul  istilah menzalimi pasangan dalam hak-haknya. Supaya kita dapat mencicip sedikit kebahagian dalam rumahtangga yang kita bina bersama.
Akui kesilapan sendiri, maafkan pasangan SELALU
Nada bercakap, perkataan dan ayat-ayat yang terungkap dari bibir-bibir kita telah banyak mengguris hati pasangan bukan? Mungkin dengan perkataan-perkataan kita, hati pasangan telah terluka parah atau mungkin kelukaan kecil.
Maka usah bertangguh dan merasa berat memohon maaf, kenali dan akui kesalahan-kesalahan kita pada pasangan.. Mohonlah maaf kerana ALLAH. Maafkanlah pasangan kerana ALLAH. Saya teringat sebuah pepatah:
"Perkahwinan yang bahagia itu, lahir dari suami isteri yang suka memaafkan."
Ya, kerana kita bernama manusia tidak berhenti melakukan kesilapan perkataan dan tindakan. Berusaha yang terbaik memperbaiki diri, dan maafkan saja perkara-perkara yang amat sukar diperbaiki.
Saya rasa seperti baru semalam bernikah, dengan cinta dan rindu yang selalu ada pada suami. Nah, bukan cinta rindu ini sentiasa ada kerana tidak ada konflik, konflik mingguan dan bulanan memang ada untuk kita semua...
Saya juga perempuan seperti kalian, ada masa duduk di kerusi isteri yang bagus lagi menenangkan dan ada masanya di kerusi isteri yang suka membesarkan masalah kerana mengikut melulunya perasaan... 
Namun bila sering konflik besar dan kecil datang menduga – bila konflik-konflik ini kita luruskan dengan komunikasi yang baik, kasih sayang akan makin berkembang segar. Kita merasa difahami, pasangan merasai disayangi, malah komunikasi yang baik membawa dua-dua suami isteri melalui kehidupan yang damai dan harmoni walau hujan masalah secara berkala menimpa.

COPY : Suami Isteri: "Belajar Bercakap" ( ILUVISLAM )

December 11, 2012

Setempek Kepunyaan Bersama

Salam semua,

Tatau la pasaipa la ni pka malas sangat nk update,padahal berjela-jela benda nk share ngan semorang..so dah alang-alang bukak lappy ni gara-gara dh fenat ngadap tv apa kata pka show skit something apa yg dh di buat kan.

Kad kawenggg kiteee dah sampaiii,hahaaa bapak gila awaiii kan. Awai tak awai,janji pka punya dah setel..dah malas-malas nk serabut kepala nk pk itu ini serentak hoiii...tunjuk kat daus,kemain semangat tengok nama sendirik..cehh bukan dia je,aiii tok sah kata la..dpt ja bungkusan tu,dah tak dak benda lain dah nak tgk trus usyar nama..

Tp tak mau review kad kaweng lg,just nk review setempek/stamp pad kepunyaan bersama dulu huhu..stamp pad ni pka cop atas sampul kad,eh haa asalnya nk buat sampul bercetak...serius terlupa,pastu dh tringat trus buat stamp pad gantikan cetakan tu.. pka buat kat Kadlestari.com,best deal ngan empunya Nonie..baik punya layanan lah,cepat pantas.


ni hasilnya bila dh cop kt sampul,kira ok la tu kan..

Cuma nak ckp,b2b kalau nk order kad kawen..pka sarankan order kat Kad Kahwin Borong Murah, mmg puas hati..dr segi harga mahupon kualit sgt terbaik la..contohnya memang mcm aii ni lah,cerewet nak mampus..tukar draft berkoyan-koyan,gara2 kesilapan sendiri haha..tp empunya mira still layan weh..layan xpenah jemu sampai customer dia puas hati,yeahh i suka org mcm ni..pentingkan hati customer. tp kita jangan la klu bleh buli sampai kwn tu naik hantu hehe. 



tepek gambo time lunch before setel beli barang hantaran utk bahagian i hehe. serius mual lepas abes makan ni..rasa dh tak mampu nk bjalan,tp di sebabkan barang hantaran i..gagahkan diri jugak haha jahat kan. 



December 5, 2012

100 days

Hari ni genap lagi 100 hari before wedding,serius cuaak..preparation alhamdulillah banyak dah berjalan,pka klu boleh memang tak nak pending lama-lama sangat. Mana yg dah boleh setel awal,trus siapkan..ye la,makin dekat hari makin mula la berserabut itu ini,dan time tu jugak la malas menguasai diri.

Btw alhamdulillah,utk HIV test dah pon setel 3 minggu lepas,haha macam awal sangat kan. Actually ingatkan  result keluar sebulan ke dua bulan,pergi je buat tak sampai sejam pon dah boleh tahu..tapi memang lega la,da tak payah fikir lagi.

Nak cakap la kan,sekarang ni duit keluar mengalir macam air terjun je..kadang-kadang sampai kita sendiri demam fikir pasal duit ni,so disebabkan tak nak duit keluar macam tu je tanpa arah tujuan..pka ambil inisiatif gunakan payment checklist utk take noted setiap bayaran belian,tempahan,deposit,bayaran ansuran mengenai preparation nanti.

  
Lepastu lagi satukan,sekarang ni senang je nk bincang dengan vendor kan..dah xpayah pergi butik pon ada setengah tu,bincang dekat fb,email & sebagainya pon dah kira setel. Tp make sure jangan tertipu yea,klu boleh siasat dlu latar belakang..dan klu boleh search la tgk review2 dari x-customer dia camne,klu kebanyakan positif,boleh la pertimbangkan..

Okeh,lagi satu jugak kan..something yg bersangkut dengan payment checklist ni contoh jenis yang buat pembayaran bank in,ke butik mahupon transfer..kalau boleh,korang jangan buang semua resit tu..simpan rapi dulu,sebab tu la satu-satunya bukti pembayaran kita dengan vendor klu ada berlaku apa jua kes..bak kata sediakan payung sebelum hujan,ehhh yea ke hehe. 

bukti segala macam,buku merah tu klu boleh hari-hari nak belek..hehe





November 12, 2012

Wedding 10.11.12

Seriusly banyak sangat kawan kawen on dat day,haiyoooo sumpah rasa bersalah sbb xdpt nk pergi semua..dalam banyak-banyak majlis,just dapat attend 1 majlis je dekat mahjong perak..then gara-gara mahjong menjadi pilihan,terpaksa la cancel semua majlis kawan2 yang lain sebab takot xsempat dah..bertolak pon after pka balik keja pukul 1,memang tak la nk sampai awal..jauhh jugak eh perjalanan,hehe..actually jln dekat ada,gara2 tak tahu langsung kitorang decide ambil dulu adik angkat daus kat ipoh..nasib la dia tahu jugak selok belok jalan sana..nindiaa punya lama perjalanan,bertolak pukul 1.30 ptg dari penang,pukul 5 lebih baru sampai rumah pengantin..sunggoh lapar tak terperi lagi haha. 

Pengantin ni actually classmate daus time kt poli puo dulu dan jugak pka ni jenis cepat rapat dengan kawan2 dia,so da boleh jadi mcm kwn2 pka sndiri dah. Lama rasanya dorang sesama classmate xberjumpa,tu yg turutkan jugak permintaan daus nak pergi wedding kawan kite ni heeee..




sis hajar & husband. cantikkk gilerr dress dia.


haha pengantin to be,dah angan2 naik felamin cenggini.

adore gilaaaa,tahu takkk nindiaa otak org kretif..sis hajar yg design sendiri.


Elaa & sis hajar..adik kesayangan kami ehehe. 



 Last....antara classmate diorang yg datang..abadikan kenangan bersama sis hajar & husband. 

SELAMAT PENGANTIN BARU & HAPPY BIRTHDAY SIS HAJAR.
MOGA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT. 

"Semoga Allah s.w.t memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu dalam kebaikan. Aminn " 

October 29, 2012

TEASER : Theme Color

Hari ni nk cakap pasal theme color utk overall majlis kami dari nikah sampaila bertandang plak..Actually semua warna tak rancang n terpikir pon,juz spontan ja. Tapi bla dah beli/booked dah baju baru la terhegeh2 susun gabungan colour haha..nasibla skrang popular dgn colour block,even color jauh beza skit tp still bleh masok then trus nampak unik kan...takut jugak color yg pka cuba mix n match ni tak masok huhu..

NIKAH/SOLEMNIZATION


SANDING/RECEPTION


BERTANDANG


Nikah n sanding tak lari dari warna pink kan,then saja kenakan banyak warna time sanding tu haha..tapi bukan caca merba tau..utk bride n groom fuchsia + grey..family plak pink + green..Last skali utk prop/pelamin/meja makan guna color lavender + pink haaaa coba bayangkan 5 color nok. Bertandang paling simple,ni plak hasil dari pilihan bakal MIL..hehe sama theme time pka tunang ritu,tp xpa..asalkan cantik dipandang kan. Pka mmg bukan jenis memilih warna sangat,mmg jenis xkisah sgt..salah satu sebabnya xmau rumitkan pencarian kain-kain baju. Asal nampak cantik bila torai kat badan terus ngap haha. Macam time cari kain baju nikah,memang xready apa-apa pon sampaikan MIL plak yg pening ngan kami..dah pilih yang ini,nampak yg itu nak yang tu plak haha. Same situation dengan time g booking baju utk sanding n bertandang,time 1st pegi tu dah booked baju warna lain pastu pegi utk bayar kali kedua plak tukar lagi pon warna berlainan. So da conclusionnya,after dis bila nak pegi bayar lagi nanti daus dah awal-awal warning xde dah nak tukar lagi..fenatt dah huhu. Apa-apa pon,puas hati dengan pilihan terakhir warna utk overall majlis pka nanti. Tak sabaq plak nak tgk hasil. :)



October 20, 2012

Keaslian Adat : Soal & Jawab

Terlajak meeting kecil dengan family tadi pasal soal majlis terus la cakap-cakap pasal adat sikit sebab kalau boleh still nak kekalkan adat lama kan,so pika nak kongsi bersama-sama dengan b2b lain. Tu pon rujuk dari beberapa sumber macam majalah pesona pengantin,alhamdulillah terungkai jugak apa yg selama ni bertanda soal. Pka just pick beberapa Soal Jawab utk dikongsikan.

S: Di jari manakah cincin pertunangan/pernikahan sepatutnya disarungkan. 

J: Rasulullah S.A.W menyarankan agar memakai cincin di jari manis atau jari kelingking,Rasulullah S.A.W juga melarang memakai cincin di jari tengah dan telunjuk kerana ia seperti meniru cara berhias kaum yg dilaknat Allah.

S: Antara memberikan hadiah dan menghulurkan wang pada tuan rumah,mana satu lebih afdal.

J: Terpulang kepada individu. Andai kata anda mahu memberi hadiah,maka hadiahlah yg anda perlu sediakan. Andai kata wang yang ingin dihulurkan,sedialah seikhlas mungkin. Tidak ada hukum yang mengatakan salah jika tidak memberi apa-apa.

S: Bilakah waktu yang paling sesuai untuk mengedarkan kad kahwin.

J: Selepas mendapat kad jemputan yang ditempah,sebaik-baiknya adalah disarankan untuk mengedarkan kad kahwun kepada tetamu dalam masa 6 hingga ke 8 minggu sebelum majlis berlangsung. Ini kerana tetamu tersebut memerlukan masa untuk merancang perjalanan (bagi tetamu yang jauh).

S: Apakah maksud sebenar Walimatul Urus.

J: Maksud walimatul urus adalah kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan dan hukummnya adalah sunat muakkad. Untuk pengetahuan anda,sebab walimatul urus diadakan dalam keadaan sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolak gadai. Selain itu,ia tidak menimbulkan sifat riak,bangga diri  serta tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara menepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa batas.


Moga apa yang dikongsikan ni dapat membantu b2b yang lain,keaslian adatkan penyeri sebuah perkahwinan.


October 15, 2012

HB Pearl siap

Rasanya ni la satu-satunya mendalah yg pka DIY hampir siap dlm masa 2 minggu je,sebelum-sebelum ni pka ada buat byk teaser utk DIY kan..tapi yg dah jalannya ada la 1 atau 2,tu pon jalan separuh,separuh lagi pending sebab tiba-tiba jadi bosan lama-lama dok kelebek mendalah tu. Tp yang HB pearl ni bleh siap cepat pon sebab bonda tersayang dah bising-bising,dia la yg ambil sambung pintal-pintal manik kat dawai tu..so ni la hasil tgn dua beranak kami.

ehh tetiba rasa tak sabar ahaha.

October 5, 2012

Teaser : HandBouquet Pearl


Minggu lepas pka ada cite kan bonda kesayangan sy ada g kedai jual barang perkahwinan secara borong yg d mana kami xpenah tau pon wujudnya kedai tu berdekatan ngan rumah haha..dan yang paling2 terujanya harga jauh lebih murah dr 1 tempat yg jadi tumpuan org ramai kat daerah sini hahaha *jahatt kan..baru2 ni pka ada pegi kejap,hangannya nk usyar2 segala bagai manik yg boleh nk DIY kasut sanding nanti tu..tp lain plak yg pka nampak n rembat dlu.



Terr beli pearl utk nk buat hangbouquet tatau la nak pakai time nikah ke sanding *dua2 majlis ni je yg kena tema ngan pearl..aceli bahagian bunga tgn sepatutnya pka xpyh pk pon sbb pka ada menang giveaway tempohari then utk sanding pn vendor dh sediakan skali bunga tgn..tp disebabkan ada masalah skit,pka terpaksa la pk cra nk cari or buat bunga tgn sndri utk nikah. Awalnya mls gila okeh nk DIY hb sendiri sbb yg utk DIY doorgift pon tergendala haha..servey punya servey kebanyakan hb pearl sumanya RM80 dan ke atas..lahaiii..mcm rugi pon ada,sbb pas pka mmg da xdak sapa dah..baik plah pka baik blah daus. So trus tekad kena kuaatkan jugakla semangat tuh buat DIY hb sendiri..tu yg g cari pearl tu,nak tau apa yg terkejutnya..kos pka beli brg2 lengkap utk buat hb tu bru RM12 tahuu bleh dapat kat situ. Harga utk 100 bjik pearl tu bru RM3.90..pka beli 300 utas. then dawai yg harganya dlm singgit lebih camtu ja. Hahaha terasa jimat gila jugak la..nasib2.

* Baru dpt email feedback dr owner giveaway tu,hadiah pka tgh proceed..okeh fine,skrang ada 2 hb la jwbnya..1 cover nikah & 1 sanding.Untuk dari vendor yg akan disekalikan dgn outfit utk sanding nnt terpaksa xpakai..hehe.





September 25, 2012

COBAAN : Kejadian Buatan Sendiri


Haaaa ni namanya cari fenyakittt tau,org ckp tgh darah manis ni pantang leka skit je ada la nak jadi. Alhamdulillah pka x alami apa2,cuma terkejut..tu pon mkn dmm jugak mlmnya. 

September 22, 2012

Teaser : Doorgift Bag

Memang dah jadi part pulak,update teaser memanjang kannn..pka nak update teaser utk doorgift bag plak,tak dak yg special pon utk bahagian doorgift ni sebab pka plih nk gunakan bag yg sedia ada jual kat kedai2 barangan perkahwinan. Untuk bahagian ni nasib baik la kakak pka yg setelkan,baru2 ni dia turun Nilai,so trus borong..tapikan ada kisah plak haha..after dah balik rumah,mak baru cakap baru2 ni mak pka p kedai dekat2 dgn kawasan rumah,actually la kan kami tak tahu menahu langsung yg kat kawasan tu ada kedai pemborong barang perkahwinan..dengan harga yg jauh lebih murah dr yg kakak pka beli,bukan seposen dua tau,ada yg beza singgit dua haaa haha..utk part doorgiftbag ni asalnya nak DIY jugak,tp bila pk balik..memang xmenyempat la rasanya,dgn tuala doorgift pon masih pending memanjang..ni pulak nk nyambung diy bag plak,memang tak la.


tersimpan rapi atas almari ni haa. 

September 8, 2012

TEASER DIY : Kasut Resepsi


Second DIY yang pka cuba nk buat,kasut nak pakai time resepsi nanti. Niat di hati nak je beli yang cantik siap dah,time tengah rajin mengemas depan halaman rumah..terjumpa plak kasut kat atas tuh tersimpan rapi dalam rak kasut hehe. Actually tu kasut konvo pka taun lepas,pkai pon rasanya skali je..pastu balik jer dr majlis konvo trus simpan then lupa bagai haha kejam kan. Nasib la terjumpa balik..trus dtg idea,buat apa nk beli lagi klu dah ada kasut yg masih dalam keadaan elok kan. So ni la misinya DIY kasut utk pakai time resepsi nanti.


Niat design pilihan pka utk DIY kasut tuh,simple kan..just guna manik yg slalu org jahit kat baju tu je. then pandai2 la susun manik tuh..make sure tak serabut lah kan. Insyaallah dah siap nnt pka review. 

September 5, 2012

TEASER DIY : Doorgift / Counting The Day


Taraaa,yeaah DIY first yg pka dah mula start,alhamdulillah dah dpt 400 bijik..tu pon nasib baik mak bertungkus lumus tlg,yg separuh siap dilipat dah byk..tugas pka tuk tacapkan tu mmg lahaii lambat la nk siapnya. Asal balik keja,tgk tuala ni trus rasa ngantok haha..even dah gagah pegang pon,sempat la siapkan seploh dua jer pastu babai trus. Nak tau mendalah apa,nanti da siap semua pka show..eh jap2,nk show b4 majlis ke after eh??kang hilang seri plak haha. :)


Double taraaaaa,yaahhh balik2 keja bukak pintu bilik..eh eh btol ke tak ni bilik pka,dr single dah tetiba jd besau gedabak pulak. hehe Alhamdulillah set bilik tdo yg mak abah n pka g booking mggu lepas dah sampai. Tak terasa awal sangat ke eh,aceli mmg beli awal2 sebab byk benda lagi nk beli..so dari takot bajet lari,kang xdapat pulak nk merasa set bilik tdo baru. :) Tq to mak abah sbb sudi sponsor aka hadiahkan ni utk pka. 

Last skali,just nk share COUNTING THE DAY pka

Angka dah kurang jadi 1 depan,mmg dah rasa cuak..

August 22, 2012

Update Preparation List V2

Salam syawal,boleh tak nk cakap yg sebenarnya masih tak puas nk cuti raya even dapat cuti sampai 5 hari dah haha. tak puas hati sebenarnya,tahun ni tak dapat nk merasa dapat duit raya. Merasa menghulur duit raya ade la..okeh dah setel pasal raya,now dah kena bergegas update segala mcm yang tertangguh sepanjang bulan puasa hari tu. Alhamdulillah family Daus pon dah dtg raya ke-2 hari tu utk mesyuarat tetap tarikh. Lega sikit dah officially dapat tarikh betol2,before ni just bincang ber2 je. Insyaallah dalam masa terdekat nanti fyka gtaw.

Preparation List V1: Klik Sini

Date 



 Marhaban
 Solemnization
  Reception
  Tandang



Marhaban 

 Orang Surau
 Makanan
 Doorgift (1/2 siap)

Solemnization 

  Theme
  Cincin
 Kursus Kahwin L/P  
 Borang Kebenaran Nikah L
 Borang Kebenaran Nikah P
 Borang Tok Kadi
  HIV Test 
  Pelamin (DIY)
 Photographer 
 Outfit Groom & Bride
 Tudung & Veil Nikah 
 Kasut Nikah
 Make up Nikah 
 Hand Bouquet
 Inai

Hantaran 

Dari DAUS utk PKAA

Dulang 1 -  Batal Wudhuk & Mas Kahwin
Dulang 2-  Sireh Junjung
Dulang 3-  Al-Quran & Telekung  
Dulang 4-  Sepersalinan Baju  
Dulang 5-  Perfume
Dulang 6 -  Handbag
Dulang 7 -  Jam

Dari PKAA utk DAUS

Dulang 1 - Jam
Dulang 2-  Kemeja
Dulang 3- Tafsiran Al-Quran 
 Dulang 4-  Perfume
Dulang 5-  Tali Pinggang & Seluar Jeans
Dulang 6 -  Camera
Dulang 7 -  Tuala



 Reception 

Pelamin
Kad kahwin
Mekap
Baju Sanding & Aksesori
Kasut Sanding 
Bunga Tangan
Makanan / Katering 
Khemah 
Dj & Pa System 
Photographer
Kad Jemputan 
Flower Girl
Bridesmaid
Set Bilik & Cadar
Bunga Telor Pelamin 
Doorgift Kawan-Kawan 
Doorgift Tetamu 
Doorgift Cilik 
Kek Pengantin 
Baju Seragam Untuk Famili 



DIY 

Tudung Nikah 
Hantaran
Doorgift Kawan-kawan
DIY: Bilik
DIY : Guestbook (sponsor by CBL)
DIY : Bungga Manggah
DIY : Meja Hadiah & Guestbook
DIY : Meja Makan Beradap

August 18, 2012

Salam Aidilfitri


Salam,sejalan dengan berlalunya Ramadahan ini..bila kata pernah merungkai dusta,bila hati pernah berprasangka..bila langkah membekas lara,mohon bukakan pintu maaf untuk menebus dosa..Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H.

Dari sy : FykaDaus & sekeluarga
Jemput datang rumah :)

August 7, 2012

IFTAR Nurul Ikan Bakar Penang

Salam..dua hari berturut-turut rasanya berbuka kat luar,even time tu gile letih tp still puas hati bila tgk juadah yang dihidangkan mmg mengiurkan la. After penat tawaf satu penang shopping baju raya dari seberang sini ke seberang pulau, kitorang decide nak reward utk diri kitorang sndri g berbuka kat tempat2 menarik kt penang ni sikit haha..actually kitorang berbuka bersama-sama dgn bff kesayangan kitorang berdua,bakal mommy n daddy to be tak lama lagi.

Lokasinya Nurul Ikan Bakar,rasanya kebanyakan org2 penang tau kot kan kat mana lokasi ni..betul2 susur turun jambatan ambil kiri je,xsampai 5 minit terus nampak simpang kiri lagi,terus je belok dan belok kiri lagi sampai la nampak restoran hujung skali..antara decoration restoran yg paling menarik la dr senarai restoran sebelah dia,btol2 depan kedai dia ada sampan sedang2. Kat sampan tu la korang bleh pilih ikan camna yg korang nak,tp bulan2 puasa ni susah skit. Make sure kena tempah meja awal2..nasib la i beringat,awal2 pagi dah kol tempah,dahhh..ingtkan org yg paling awal. Skali p,antara org yg agak lambat la jugak..bila di risik kebanyakan tempah sehari dua lg awal hahaha. Sapa yg mai last2 minute tu,time2 tu baru nk booking mmg fullhouse la.

Pilihan menu pon banyak jugak,tapi i just pilih yg memang basic makan kat restoran seafood la. Tak brani plak nk order over2 takut kang memasing balik jalan menunduk jer haha.


Sotong goreng tepung idaman mommy to be : )


Tomyam campur


Buah-buahan


Siakap 3 rasa


Telur Bungkus


Kailan Ikan Masin

Utk hidangan makan 4 org..i order sotong goreng tepung (2org makan),Tomyam campur(4org makan),Siakap 3 Rasa sekor,Telur bungkus (2set),Kailan Ikan masin(2set). Utk buah-buahan suma FOC jer,1 lagi dorang ada kasi agar-agar ape ntah..telupa nk snap pic haha,eksaited lapaq la katakan. Service mmg tip top,laju kot. Kira 15 mnit before berbuka tu depa make sure semuanya dh terhidang..bayangkan la,ada brape puluh meja punya tersusun. Sedapnyer jgn cakap la..abes licin jugak la hidangan kami ni,kecuali diri sendiri yg tak terhabes sebab terlebih minum dr makan haha. Last skali nak cakap,cuba dulu baru tau. :)

p/s : Hari kedua berbuka kat luar next entry,menanti gambar dr kwn2..ni bersama Officemate i. 

July 28, 2012

Bergaya Raya Bersama Wardrobe2u

Salam

Malam ni nak stop kejap berbicara pasal kawen-kawen hehe sebab i nak promot kejap Special Edition untuk koleksi baju raya nanti,sapa-sapa yg masih mencari baju raya tu boleh la tengok kat i..maklumla nak cari duit lebih utk kawen. Seriusly koleksi baju raya yg i nak update mmg wat korang semua cair lahh..tak cayaa??nah..










Haa acanerr,tergugat x..nak banyak lg or klu dah berkenan,boleh la add i kat FB Syafiqa Arteta.



July 26, 2012

Pucuk Dicita Ulam Mendatang

Salam

Line macam siput tett ja,tapi gigih nak update..update sebab eksaited dan eksaitedddd sangat-sangat menang GIVEAWAY from CBL (Creative by Lynda). Alhamdulillah satu persatu DIA permudahkan segala persiapan..yeahhh projek DIY makin berkurang. Even just dapat prize #3 tapi tu pon dah berbaloi..Alang-alang tu review terus lah..yang mana masih mencari vendor utk Guestbook,Wedding Card,TQ Tag & yang berkenaan boleh la servey. Hasil kerja yang sangat teliti & kreatif..

PRIZE #3
1PC OF EXCLUSIVE GUESTBOOK WITH FRAME
A HANDBOUQUET


After majlis nanti baru nk review hadiahnya : p












P/S : Thanks Kak Lyndaa,sape cakap surirumah xboleh berjaya kan kak..