Salam,
Alhamdulillah,setel sudah segala bagai dokumen utk nikah nanti..setel sudah interview nikah,haaahhh lega dapat soalan ambil syarat haha. Dari 20 soalan,kena jawab 3..sekarang dh boleh setelkan final touchup untuk persiapan lain2 yg hanya tinggal kurang dari 2 bulan lagi nih. :)
27 JANUARI 2013
Sebenarnya entry kali ni nk dedikasikan utk insan tersayang pika..sempena hari ulangtahun kelahirannya yg ke-25,tak dak apa hadiah yg istimewa..hanya mampu titipkan doa buat dia yang bakal menjadi suami pika satu hari kelak. Insyaallah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Kek 2011 & 2012...tahun ni xdapat nk suprisekan mcm sblm2 ni.. Maaf ya dauss. :) |
Ya Allah
Sekiranya suami ku nanti adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakikan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku nanti adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha ats segala perbuatannya
Sekiranya suamiku nanti adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaanya
Sekiranya..
suamiku nanti jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk mengahadapi segala karenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku nanti ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suamiku nanti tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suamiku nanti tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keaadaannya.
Sekiranya suamiku nanti menyintau kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka,berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbal Allamin
* Seriusly sangat sebak time dok taip doa ni utk dia.
kite punya dokumen x siap lg..sbb leceh.. da dpt kebenaran dr jawi kene ke jais pulak.. da setel semua nak jumpa ppn, pejabat plak tutup.. minggu ni x dpt nak setelkan..tepaksa la mggu depan...tggl sebulan 2 mggu je.. sobsobb.. huhu..sesi luahan prasaan..
ReplyDeletefykaaa, terharu baca :') sweet nye fyka karang sendiri ke. nak copy simpan :)
ReplyDeleteamin yarobalalamin fyka :)
ReplyDeleteAmin3.Panjang doa pka.Bolehla sha jadikan panduan jgk.Semoga semuanya berjalan lancar dear. :)
ReplyDeleteaminn
ReplyDeletesweet =)