October 20, 2012

Keaslian Adat : Soal & Jawab

Terlajak meeting kecil dengan family tadi pasal soal majlis terus la cakap-cakap pasal adat sikit sebab kalau boleh still nak kekalkan adat lama kan,so pika nak kongsi bersama-sama dengan b2b lain. Tu pon rujuk dari beberapa sumber macam majalah pesona pengantin,alhamdulillah terungkai jugak apa yg selama ni bertanda soal. Pka just pick beberapa Soal Jawab utk dikongsikan.

S: Di jari manakah cincin pertunangan/pernikahan sepatutnya disarungkan. 

J: Rasulullah S.A.W menyarankan agar memakai cincin di jari manis atau jari kelingking,Rasulullah S.A.W juga melarang memakai cincin di jari tengah dan telunjuk kerana ia seperti meniru cara berhias kaum yg dilaknat Allah.

S: Antara memberikan hadiah dan menghulurkan wang pada tuan rumah,mana satu lebih afdal.

J: Terpulang kepada individu. Andai kata anda mahu memberi hadiah,maka hadiahlah yg anda perlu sediakan. Andai kata wang yang ingin dihulurkan,sedialah seikhlas mungkin. Tidak ada hukum yang mengatakan salah jika tidak memberi apa-apa.

S: Bilakah waktu yang paling sesuai untuk mengedarkan kad kahwin.

J: Selepas mendapat kad jemputan yang ditempah,sebaik-baiknya adalah disarankan untuk mengedarkan kad kahwun kepada tetamu dalam masa 6 hingga ke 8 minggu sebelum majlis berlangsung. Ini kerana tetamu tersebut memerlukan masa untuk merancang perjalanan (bagi tetamu yang jauh).

S: Apakah maksud sebenar Walimatul Urus.

J: Maksud walimatul urus adalah kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan dan hukummnya adalah sunat muakkad. Untuk pengetahuan anda,sebab walimatul urus diadakan dalam keadaan sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolak gadai. Selain itu,ia tidak menimbulkan sifat riak,bangga diri  serta tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara menepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa batas.


Moga apa yang dikongsikan ni dapat membantu b2b yang lain,keaslian adatkan penyeri sebuah perkahwinan.


3 comments:

  1. kena tempah awal kad ni...nak bg orang yg duk jauh kn. :)
    thanx share dear.

    ReplyDelete
  2. pka...sha tag awk untuk contest veil.kalau ade mase joinla k dear. :)

    ReplyDelete

cakap cakap cakap
selagi boleh cakap