April 30, 2011

Gula-Gula Cinta

Salam Sayang
Setiap perhubungan mesti ada pasang surutnya kan. Gaduh ke baik ke mrajok ke tu la asam garam pemanis dalam setiap perhubungan tu,cuma kita kena pandai settle kan dengan cara yg sesuai je. Tp kali ni saya nk tunjuk something yg sangat istimewa bg saya,sungguh menyentuh perasaan dan mampu buat saya T_____T. Lukisan,coretan hati & video ini original by kawan baik saya @Afiqah Salleh. Video yg dia didedikasikan untuk memujuk someone special,sweet sangat.

p/s: pause y.tube player blog sy dlu b4 tgk vdio ni..

video

Oh yea,lukisan ni bukan di cilok dari @zack zukhairi. tp di lukis balik dari @Afiqah Salleh mengikot tutorial yg @zack zukhairi sediakan.

April 18, 2011

Activated Study MoOd

Salam Sayang

pic 2taun dlu,guna balik


Masok ni dah bekali2 rasanya saya cuba activated kan study moOd ni dalam diri,halamak aii klu dah depan lappy jangan nk berangan la leh Shut Down kan diri tu untuk berdepan ngan muka buku & diari kesayangan saya ni huhu. Tp bila di pk2 kan balik kan..sampai bila la nk dok mcm ni kan[ ? ]. Tgk kawan2 pon dah ramai dah mula dating ngan buku-buku,melainkan saya je ni ha dating ngan pakwe lagi..mau kena lempang bru nk sedar ni.  Enough fyka,start for today had kan bermuka buku & blogger..klu bleh stop it <-- bercakap utk diri sndri. 2week blog xkan berupdate,huhu..rinduuuu. So,maka dengan ini saya mengactivatedkan diri utk "STUDY MOOD"..

Ya ampun tetibe rasa bersalah ngan customer sbb lambat siapkan blog depa,sory bebanyak disebabkan saya terpaksa tangguh untuk menyiapkan blog. Btw ^__^,Alhamdulillah dengan hanya biznes kecik cinonet camni saya dapat backup makan minum saya if kehabisan duit belanja..juz buat design paling simple,tak expert lg untuk buat lebih cantik & menarik. Maklumla PS pon juz taw basic2 jer an..tp xpe,insyaallah sy cuba improvekan design dari semasa ke semasa. Ape2 pon akan di sambung balik tempahan after tamat final exam .. T____T eh eh sedih lg [ ? ],sbnarnya after abes paper final nnt sy belom lg bebas taw tak. Masih ada Amalan Kejuruteraan 2[dua] bulan utk student taun 2,penat taw..juz 4 ari pas abes paper,trus menerus bengkel tu start. Ye la kan sob sob,korang dapat rasa nikmat cuti 4 bulan..tp saya juz tinggal 2 bulan jer...sumpah tak suka..!!!lg skali nk wish

GUD LUCK 
untuk sahabat2,blogger yg ngah FINAL EXAM...
Nak mintak ampun & maaf if ada ape2 terkasar bahasa dengan korang suma..^____^

April 13, 2011

Cabaran 30 Hari VCO inspirasi by Ayun

Salam sayang



Entry ni dihasilkan after tertarik dengan entry dari Ayun mengenai Cabaran 30 Hari VCO. Yea,saya salah sorang pengguna VCO Softgel. Aceli saya baru amalkan VCO ni seminggu, okei sekarang ni memang dah ramai menggunakan VCO ni kan. Saya mula-mula kenal pon dari blog IRINE,masa tu mmg rasa takot2 jer nk cuba..produk baru kan. Suma bermula dari classmate saya liya,dia terlebih dahulu nk cuba guna VCO ni. So saya amek keputusan untuk tgk dlu keberkesanan kat liya. Then after 2week,seriusly mmg nampak perubahan yang agak ketara dimana kulit muka liya semakin lembut dan gebu. Parut jerawat pon dah mula hilang,kitaran haid pon katanya dah semakin stabil.

Saya yakinkan diri untuk mencuba dan dapatkan stock VCO ni dari classmate saya sendiri dengan harga RM39.90, Mmg harga sama jer cuma beza postage je nnt. Alhamdulillah,setelah seminggu saya amalkan tanpa skip hari..ada beberapa perubahan yg dah saya alami antaranya..

-Kulit muka saya yg dulunya ada bintik-bintik hitam & parut jerawat dah mula berkurangan.
-Kulit muka semakin halus
-After bangun tdo,yg dulunya muka saya ni dah macam disapu ngan minyak tapi sekarang dah xberminyak.
-Tido pon xsusah,bangun pon xsusah..xrasa malas nk bangun.

Ni antara yg dah saya alami,maklumla baru seminggu jer guna. Ikotkan nk letak pic perbezaan kat saya tapi pic yg saya ni takde lagi. Insyaallah Mggu ke-2 nanti saya cuba tunjukkan perbezaan lain plak. So bagi yang baru nk cuba,bleh la dapatkan stock VCO dekat:-



UPDATE:-
-If nak tau lebih lanjut mengenai VCO softgel ni bleh la tgk kat blog AYUN & IRINE.
-Ingat,saya xjamin benda ni berkesan 100%..juz ikot kepada diri anda sendiri samaada produk ni sesuai atau tidak dengan anda..
-Perkara di atas adalah pengalaman saya sendiri.

April 10, 2011

Fashionista Part 42: Fyna

Salam sayang..

^___^,lama xbuat entry fashionista kan kan..maap maap,ni gara2 aku buat2 bz la ni. Dah lama nk update,tp ntah rasa malas nk godek2 inbox yg mana jawapan2 interbiu aku ngan fashionista2 suma lepas ke blakang. So disebabkan malam ni agak rajin2 malas,maka aku up kan jugak. Btw fashionista kali ni agak mmg comel ayu cun melecun,pestime aku masok blog dia tgk dia 1 yg terpacul kat mulut aku. Betapa cantiknya Allah s.w.t cipta umatnya ini...aku pon dah interbiu dia,orgnya mmg sporting,xsombong tauu. Itu yg penting kan...so dia pon sudi berkongsi ngan kita tips2 dia...

1.Fashion favourite u??

fashion fav? fyna suka yang simple and tak terlalu crowded..skrg trend kaler warna warni kan? tapi fyna tak suka..fyna just kalau boleh pakai tak lebih dari 3 warna =) fyna suka yang tak ketat sgt sebab tak selesa..and fyna suka tengok orang pakai style funky but fyna xsesuai macam tu so fyna lebih kepada feminin dan elegant..maklumlah fyn kan jenis lembut..hehe
 
2.Jenama ape yg u slalu pkai & kat mana u slalu beli??

jenama? fyna suka forever 21! terasa macam heaven sekejap di situ..sebab baju lawa2 and loose..tak ketat..and labuh2..love it! tapikan xterbeli pulak..haha insyallah 1 day..fna jrg shoping so byk maching bju lama and baru lah..fyna xkisah..aslkan cntk ambik je..tapi kalau baju atas rm70 fyna fikir 2 kali jugak nak beli..hehe jenama ikut suke la..xde yang tetap..fyna ada tshirt rm7 smpai skrg stil ad..syg nk pkai.tu pon dah 4 taun beli..hehe

3.Bagaimana u manage baju,dress or tudung

fyna kadang men hentam sahaja..kadang-kadang tshirt and jeans pon dah ok..aksesori fyna xbape minat but tengah jugak mengumpul..anyway fyna stil baru lagi dlm fashion berhijab ni..so fyna try tak ikut orang lain..fyna cuba ubah and kenakan dengan gaya fyna..selalunya fyna lebih tekan kan dekat tudung sebab 2st org tengok mesti dekat tudung..so lebihkan tudunf lestkan yang lain =)







 p/s:masih menerima suggestion dari korang..

Muka Manis Hati Kering

Salam Sayang

This is entry takde pekdah(sumpah entry boring)...juz bru selesai menggedik*dush2* eh bukan,mengedit blog DAK IENA. So sesi melayan ape2 aje kat youtube,Oh Media,Baik Punyer & KakiHeboh. Tp kan dalam banyak2 video yg aku dah layan malam ni,1 ni jer mmg aku agak tertarik..


Huhuhu,bukan ape..aku tertarik ngan muka bro ni,da la manis tp hati kering jer. Slumber nauu dier nih,caya la bro ^______^.

April 7, 2011

Yuyu Zulaikha - Ferrero Random Giveaway

Salam sayang..

Hari ni dengan segala rajin malasnya,aku nak cuba nasib join Yuyu Zulaikha - Ferrero Random Giveaway. Korang mesti kenal kan blogger alahai comel omel ni an,aceli aku dah pnah jumpa ngan cik yuyu omei2 ni,time tu kitorang sama2 join Sista Gathering anjuran Sista Modelling. Dia dok meja depan aku,sumpah aku nak cakap. Aku suka tgk dia time gathering tuh,comel giler kot. Macam nkg je tarik2 pp die tuh,tp aku segan la plak tetibe nkg wat camtu an. Then masa tu jugak aku tak tau yg dia ni dak omei si yuyu ni,balik2 then terbukak blog dia bru aku terperasan. Rupanya dah ade depan mata aku da pon. Tp ape yg aku nampak time tu,dak yuyu ni mayu2 kucing lak an. Senyum2 dari jauh jer...sampe tlupa plak nk borak2 ngan dia kan haha. Dak yuyu cepat btol ranking dia naik,blog dia xjemu klu baca. Ada jer entry besh2,almaklumla dak utara jugak kan. Silap2 jumpa ngan aku,kuar bahasa utaqa kami gamaknya. 

Eh eh telajak cite sal dak yuyu,lupa nak cakap hadiah2 yg ditawarkan untuk giveaway ni. Seriusly mmg menarik jugak ah,tambah2 dak2 gegel. Mesti nak join nyerkan..sape rasa2 nak :- 

Hadiah Utama: Ferrero Collection
Pembaca Bertuah :Skirt Ala2 yuna by Irdina Qistina Boutique



JOIN JOM

April 6, 2011

Peringatan: Hari yang Pasti Terjadi [ Menarik untuk dikongsi bersama]

Salam Sayang

Peringatan awal,entry kali ni sungguh panjang berjela. Tp yg aku jamin,bila korang start baca mmg akan teruja dan teruja utk terus habiskan membaca. Untuk yang bz tu,amek skit jer masa utk baca entry ni okei. Aceli aku juz copy entry ni dari blog dak Patem Diary,dimana entry ni aku tak kisah sape2 nak copy ke share ke ape. Sbb mmg digalakkan sangat2 la untuk disebarkan kepada sahabat2 kita. Last but not least jugak..Selamat Membaca..




GAMBARAN HARI KIAMAT

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



RUJUKAN: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. 





Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.




Jadi,mahu terus leka?Atau bersama DIA?
KITA SEMUA BIJAK.TAK SUSAH PUN MEMILIH.


P/S:Tiap pagi,bila bangun jer tdo..perkara pertama yg terlintas dlm hati aku,syukur alhamdulillah DIA masih kekalkan aku dimuka bumi ni. So haruslah kita bijak menggunakan masa2 yg tertinggal ni dengan amalan yg ditetapkan...

Gud Luck & Final Exam Schedule

Salam sayang

Aduhaiii rasa macam baru sangat masok sem blaja2 kan,tup2 dah dapat schedule final exam.  Banyak lagi yang aku kena wat revision nih,tp dok lagi terkedek-kedek. Seb bek la kali ni nyer jadual xde clash hari sama,juz selang 2 hari je tiap subjek. Aku lg prefer camni dari kena 2paper sehari wlupon abes awal,uishhhh jangan la. Mati katak jugak aku atas katil nanti ngan nota-nota haha.So,utk remind kan aku dari laqo berblogger meh aku tepekkan schedule final exam aku...biaq bla bukak tu,igt la la nak final dah.

Mikro-p -> 25/04/2011
Signal & Network -> 27/04/2011
Bahasa Arab -> 30/04/2011
Differential Equation ->04/05/2011
Sem ni aku ada 4paper jer,3 Killer subjek 1 tu insyaallah hope bleh backup yg lain...Eh eh bukan final exam aku je ada schedule taw,schedule aku sendirik sampai bulan Mei ni pon aku dah buat siap2 dah haha choiiii. Senang skit dah pasni kan,xyah nk kelam kabut nk plan itu ini dah. Bak kata orang,sediakan payung sebelum hujan an an. Then last but no least,nk wish GUD LUCK utk suma yang bakal menempuh final exam yg xbapa lama dah ni. Gonna be Sukses 1 hari nanti,INSYAALLAH...^______^

15/04-25/04->Study week |Stay at Utem|
27/04-04/05->Final Exam
05/05-08/05->Going back to Penang
09/05-15/07->LI at UTeM
16/07--->Going back to Penang again for 2 month

April 5, 2011

♥ My Graduation Day by my Official Phographer ♥

Salam sayang

Sory,nampaknya i masih dlm mood konvo lagi..btw before ni i dah upload pic konvo i kan,tp tu dr camera enset cabok i & camera akak2 i. Tp kali ni i nk upload pic2 detik manis konvo i dr Official Photographer yg ditempah dr tunang bespren i sendirik plak. Sambil2 bleh la story2 skit sal konvo tu kan huhu..

Ape2 pon syukur Alhamdulillah,akhirnya i dah berjaya menggenggam segulung Diploma hasil usaha i sendirik selama 3taun di Politeknik Seberang Perai(PSP). 20 March 2011 adalah detik paling bahagia utk i & rakan seperjuangan yang dikongsikan bersama family tersayang. Detik yang ditunggu2 kot,dapat jmpa kawan yg dah lama terpisah. Paling yg i xleh lupa sampai skrang,detik masa naik pentas tuh. Fuhhh rasa macam dah xde kaki kot,gugup gila sampai lupa nk senyum n ucap thanks kat yang kasi scroll tu. Kompem2 pic konvo i atas pentas tu buruk T____T,sadisnya. Jubah yang i dapat lak jgn cakap la gedavaknyerr..bleh masok lagi sorang gamak tauu. Last skali nk ucap thanks kat family, my ♥ & fren yg kasi bunga ke hadiah ke ucapan ke,rasa terharu sangat2....

p/s:gambar cecah tanah...

Kenangan Terindah


Rasa macam nak upload  je semua,kang berat nak mampus lak blog i kan...huhuhu.Banyak i dah upload kat FB dah. So klu ada sape2 yg dok kat penang tu dok mencari photographer utk bertunang ke kahwin ke konvo ke or ape2 je lah,leh la try khidmat kawan i nih @Kamal Kamaruddin.