August 24, 2010

Pertukaran Tempat Berbuka Puasa




Sebelum : 
Dataran Pahlawan

Selepas :
Jusco Baru
(Sebelah tesco dan berdekatan dengan Melaka Sentral)


Sebab-sebab :
Lebih dekat dengan Melaka Sentral
dan menyenangkan mereka yang menggunakan transport awam.

Makan :
KFC

Sila bawa duit yang mencukupi
dan camera yerr ^^

Jangan risau, surau ada.
Boleh kita solat maghrib sama sama ^^,

sebarang pertanyaan:
hubungi i or sis intan
at
intanurulfateha@gmail.com
ieka_adieq@yahoo.com

klu yang dah ade FB,trus contact kitorang thru FB eh..

So, jumpa
28 Ogos nanti yerr!

August 13, 2010

Gathering Berbuka Puasa Blogger: 28 Ogos 2010

Salam sayang readers,currently i sedang berada di kampung halaman Penang..Hehehe,saje² i balik kali ni coz nk berbuka bersama family...i bertolak dari Melaka kul 9.30pg && sampai penang 4.30ptg camtu la,sangat² sakit badan okei. 7 jam kot i duduk xbgn² dalam bas tuhh. Dah bape kali tido jaga tido jaga tatau la..dah macam² aksi dah i gerak sampaikan xsedar bag laptop pe suma jatoh..ngeee. Buas gila tido i kali ni..letih babe.

Okayh²,aceli i juz nak inform kat korang...sape² blogger yg tinggal kat MELAKA ataupun berdekatan MELAKA bleh la join..Td sis Intan Nurulfatehah kol i,kitorang ada 1 agenda nak buat before balik kampung raya nnt,hehehe..nak tau menda ape??okeii jom...

Gathering Berbuka Puasa Bersama Blogger

Tempat: Dataran Pahlawan,Melaka
Tarikh:28 Ogos 2010
Hubungi : Sis Intan & Fyka | di facebook kitorang |

Pesanan: Korang bleh bawa makanan masakan sendiri atau dibeli untuk dikongsi bersama² 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okeii tamat pasai gathering,nk preview pic i plak nih..i rasa i dok Melaka nih xsampai sebulan ag pon,bru bape minggu je..tp kan berjalan mengalahkan i dah dok dekat bertahun²..di sebabkan i homesick bila cuti,so kawan² serumah i mengubat penyakit i tuh..Tyme nih membe i bawak g jalan² kat Dataran Pahlawan,Mahkota Parade & Kota A Famosa...Penat jugak la coz dah la time tuh 1st puasa,almaklum la plak Melaka nih tyme 1st posa mesti cuti...papepon before balik raya,i nak g terjah Jonker Walk plak...


















August 9, 2010

Menyambut Kedatangan Puasa di Perantauan

Salam sayang & Salam Ramadhan yg bakal tiba to all readers..wehuuu,lama lak plak aku tggal blog ni tanpa sebarang update!!eh lama ke..bru aku tau camne kwn² aku si Huda Luna & Sheera tu rasa betapa sibuknya jadi student blik neyh,fuhh bru je 2bulan free dok umah tros dah merasa balik life sebagai student but nek skit taraf jer..tp suasana dah lain,xmacam dlu..tiap² minggu kol abah suh amik,skunk nahh amikkk g sndri stesen bas g cr tiket balik,dah la dekat² 7 or 8 jam camtu perjalanannyer...patah pinggang i babe..

okayh²,back to tajuk asal..Xsabaq rasanya nk posa kan,kali ni aku merasa la posa di perantauan. Slama ni dok tgk kwn² ja kan,sayu je rasa..hurm camne la aku nnt. Klu bab ayaq mata toksah kata pa la,kompem² ari pertama tuh tyme bukak posa aku kol mak abah aku lu..huhu,ni pon akak aku dah kirim Cornflakes Coklat pebret akuh weiii...tingok² betapa rindunyer dia kat aku smpai buatkan utk aku & pos kan...seriusly sejak berjauhan ni bru la aku rasa terlalu rapat sgt ngan family aku,bleh dikatakan ari² diorang kol. Xkira la pg ke petang ke malam ke..kadang² smpai aku dlm klas pn dorang kol,klu xangkat dorang still msj. Almaklumla anak Bongsu lam family,ngeee...so aku amik keputusan mggu ni nak lik Penang,nk bukak pose ngan family..xkira wlupon cuti raya nnt pon bleh lg..Tp xsama macam yg awal² ni,pasti meriah gila..Tiket bas balik raya pon aku dh siap beli,ngehehe..Awal kot bersedia takot kena nek bas lompat,btw aku balik awal sehari dr cuti besa..Gila lah  tarikh lain ade yg dh abeshh pon..padahal lmbat lg...



Tadaaaa,Cornflakes coklat buatan akak aku..kan dah cakap,kitorang 1 family mmg gila mendalah ni..

 

hehe,my new stuff..enset w580i selamat dah dilingkupkan oleh aku sendiri. && then kol nangis² kat abah aku skali trus dapat yg baru..now W508 lak,enset idaman aku..selama ni dok tgk org pkai cun jerr..



interprem pic sndrik lak..

August 6, 2010

Tips : 10 Petanda Mengenali Jodoh



Salam sayang,jom i nak kongsi tips skit ngan korang..Tips mengenali jodoh,sekadar renungan,i copy dari Tips & Petua FQ.




Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..