July 21, 2009

C I N T A sejati vs C I N T A boneka

emm..urm..aku xtau la ape nk ckp dah,ari ni mood aku epi ada.Em..on YM pon aku xtaw nk wat pa,nk troskan settle report aku pon nk xnk wat je..adoiii la,aku sndri pon xtaw ape nk ckp dah ni..haaaa,td aku ade la view blog EIM mySYGS aku sowang neyh..sbb ade entry baru tajuknya BELAJAR MENGHARGAI MILIK SENDIRI..alahai,entrynya kena ngan diri aku sebenarnya..

EIM,ko cam tetau je..ni aku copy entry ko skit,sbb aku trasa giler bila baca entry ko tu..klu ko xsuka gtaw aku pat2 aku nk delete..
ayat 1:

Macam tu jugak dalam percintaan. Sewaktu bersama asyik nak bergaduh, setelah terpisah baru tahu makna rindu. Sewaktu dalam genggaman tidak mahu dihargai, setelah terlepas baru tahu nilainya tinggi. Manusia memang tidak pernah rasa puas. Jarang menghargai apa yang dimiliki, tetapi selalu terbulau oleh mimpi-mimpi yang tak pasti.
Kalau hati dah tak suka, apa yang dibuatnya, semua serba tak kena. Ini tak betul, itu tak betul. Kesilapan sekecil zarah pun nak diperbesarkan. Padahal diri sendiri pun, tidakla sesempurna mana. Saje jek nak cari pasal, sebabnya hati dah mula bosan. Tapi setelah terpisah, barulah kita sedar. Insan yang selama ini kita anggap kaca, rupa-rupanya permata.. Baru terasa akan bernilainya seseorang setelah pemergiannya. Hidup mula terasa berubah. Kalau dulu, ada dia yang sentiasa mengambil berat kita rasa rimas. Tapi bila dia pergi, mulalah kita terasa lemas. Kita mula menyesali sesuatu yang telah berlalu..
kesimpulan:aku penah ada dalam situasi ni,mayb skunk pon ade jugak..tp bukan aku yg trasa,juz mrasa sbb org yg aku sygs sblm neyh wat tatau je ngan aku && bila dah xde ape2 hubungan..baru la dye tau ape maksud kat atas tu..
ayat 2:
Maka dengan itu, bersyukurlah dengan apa yang sudah menjadi milik kita. Selalulah katakan begini..
"Tiada apa yang paling indah dalam hidup ini selain dapat bersama denganmu,
tiada apa yang lebih sakit selain berpisah denganmu,
tiada yang lebih manis selain punya kenangan bersamamu. Sesungguhnya yang terbaik dalam memori hidupku adalah kebaikan dan pengorbananmu."
Kita perlu menganggap setiap yang ditempuh merupakan suatu kenangan untuk iktibar. Dia yang kita ambil untuk hidup bersama sebagai teman membina persiapan di sini untuk dipetik hasilnya di akhirat nanti. Anggaplah setiap yang dimiliki itu adalah berharga dan perlu dipelihara. Jika perlu berpisah, berpisahlah dengan rela.Maka, batasi langkah dan perhati bicara. Tersilap langkah membawa masalah, tersilap bicara membawa duka. Setiap dari kita hanya ada kesempatan yang sedikit untuk menghargai makna kehidupan yang sebenar.
kesimpulan:ya..ayat2 kat atas tu la paling menyentuh prasaan aku,mengapa aku perlu tinggalkan dia yg lebey baik && sempurna di mataku semata2 utk bersama orang yg blom aku tau asal usulnya,ati budinya & tulus suci cintanya padaku..
Hargai bila berdua, sayangi bila bersama, maafkan bila terluka, ingati bila sunyi,
pasti hasilnya bahagia yang meniti...

2 comments:

cakap cakap cakap
selagi boleh cakap