Salam sayang
Hari ni aku nk review 1 of my pebret blogshop,QOMA BOUTIQUE...seriusly,now aku dah jadi regular customer ngan qoma boutique nih. Aku start kenal ngan butik ni time zaman friendster lagi,kira ni butik paling popular la kat friendster time tuh. Di mana owner butik ni dah pon jadi kawan aku,sama umor ngan aku. Ape yg aku banggakan dgn dia,muda lagi skrang dah memiliki butik sendiri kat Raub Pahang. Dia satu2 nya idola aku,berjaya dalam dunia perniagaan n berjaya juga dalam pelajaran. Koleksi dia slalu la terpilih untuk di pakaikan oleh model2 majalah DARA,then penah kluar paper mengenai kejayaan dia. Banyak tutorial untuk gadis-gadis yang berhijab yg telah disediakan oleh qoma. So tanak cakap banyak jugak..kita teruskan dgn soal jawab saya dgn dia (aceli copy dari soal jawab beliau dgn utusan atas kebenaran beliau sendiri)...saya juz pick separuh jer.
FACEBOOK : QOMA BOUTIQUE
-Shawl & Pashmina
- Tops & Dress
-Pelbagai Jenis Inner
-Headband
-Tutorial for hijabi
· Kenapa pilih bisnes ni?
Permintaan dalam fashion sentiasa ada sepanjang masa lebih-lebih lagi Malaysia sedang melangkah sebagai negara maju. Justeru,fashion juga turut berubah bagi memenuhi kehendak semasa dan dalam masa yang sama saya melihat pasaran untuk bidang ini sangat luas di Malaysia.Saya mempunyai cita-cita untuk mempunyai kilang sendiri suatu hari nanti. Impian saya untuk menjadi pembekal pakaian remaja bertudung yang urban dan meletakkan jenama saya antara jenama terkenal di Malaysia. Justeru saya menjadikan butik ini sebagai satu platform untuk saya bereksperimen tentang gaya yang sesuai untuk remaja bertudung sebelum menjadi pemborong bagi koleksi itu sendiri.
· Produk yg Qoma fokuskan
Di Butik QOMA saya menyediakan pilihan pakaian untuk dua golongan berbeza iaitu Muslimah berkerjaya dan juga Remaja Bertudung. Pada asasnya saya menumpukan pada fashion untuk mereka yang bertudung. Walaubagaimanapun Butik QOMA lebih dikenali dengan rekaan tudung terkini yang ceria dan berwarna-warni.Butik QOMA juga menwarakan pakaian remaja yang urban untuk mereka yang bertudung kerana kami remaja bertudung juga masih boleh bergaya dan dalam masa yang sama menutup aurat.
· Dah berapa lama jalankan perniagaan ni?
Saya bermula dengan blogspot sekitar Mac 2009 sebelum membuka Butik QOMA yang beroperasi di Raub,Pahang Darul Makmur. Saya mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk beroperasi secara dalam talian bagi menguji pasaran tempatan terhadap fesyen muslimah urban sebelum betul-betul yakin untuk membuka butik sebenar di Raub.
· Strategi pemasaran yg digunakan? Cth; blog ada bg panduan gaya tudung, iklan (x kos ker nak iklan kat majalah) dll
Saya percaya kepada kuasa pemasaran yang lebih dikenali sebagai “word of mouth marketing”. Oleh itu saya sentiasa berusaha memenuhi permintaan pelanggan secara terperinci. Saya memberi peluang pelanggan menyuarakan rekaan yang mereka hendaki serta berusaha memberi layanan terbaik terhadap pelanggan yang membeli secara online atau datang terus ke butik.Saya percaya seorang pelanggan yang berpuas hati akan terus datang ke kedai saya bagi berurus niaga dan dalam masa yang sama akan memberitahu rakan-rakan mereka tentang servis kami. Walaubagaimanapun sekali-sekala saya tetap memperuntukkan sedikit budget untuk mempromsoikan butik saya dalam majalah. Walaupun kos pemasaran yang agak mahal yan mana mencecah ribuan ringgit untuk hanya 2-3 muka surat namun melihat kepada kesan jangka masa panjang pelaburan ini sangat berbaloi untuk butik yang baru seperti saya.Sejak kali pertama koleksi butik saya tersiar di majalah hampir setiap hari butik saya menerima panggilan telefon dari pelanggan seluruh negara. Setiap bulan saya akan memperuntukkan sekurang-kurang 5% dari keuntungan bersih dan diasingkan untuk tujuan pemasaran di masa hadapan. Selain dari itu saya sentyiasa mengemas kini blog dengan tips2 fashion serta gaya tudung terbaru untuk dikongsikan kepada pelanggan. Saya bertuah mempunya ramai rakan yang sanggup membantu saya mempergayakan rekaan saya tanpa saya perlu berbelanjan besar untuk model-model.
antara salah satu shawl dari qoma yg aku suka,serius sgt cantik...
Another blogshop klik here -->FASHIONISTA BLOGSHOP
hhuhu..mmg shawls die lein dr y lein..
ReplyDeletekna jenguk nih..thanks tlg ngabeskn duit sy lg..hahah ^^
femes kan butik qoma nie..
ReplyDeleteslalu nmpk kat majalah dara.com
gorjesnyew bju dorg T__T
ReplyDeletekak fyka try la walking kt blog ny http://chantekdress.blogspot.com/ bju2 dorg pown lawa gak :)