td aku bru je nengok cite neyh,aceli dah lama aku tggu sambungannya..
nk tau cite ape,jap eh..
kasi klu skit..
minat gile aku kat si diana neyh,da la comey..
pandai bergaya lak tu..
mesti tau kan,lmpian..OYEAHHH,da start da cite neyh..
suka aku tgk cite neyh td,mane x nya..
dowang byk wat kelainan,lg besh jalan crite nya..
dah tu 30 minit,bkn 15 minit dah..lama tu an..
SETIAP SELASA
11MLM
TV3
DIANA AMIR SEBAGAI ALEEYA
Dilahirkan pada 22 Jun 1986, gadis berusia 23 tahun ini membuat penam-pilan sulungnya dalam dunia lakonan melalui drama Impian Sunsilkmusim pertama. Melalui drama tersebut, Diana telah berjaya menonjolkan bakatnya dalam bidang ini yang antara lain membuatkannya dikenali sehingga ditawarkan untuk membin-tangi beberapa lagi buah drama tv. Antara drama yang dibintanginya selepas Impian adalah 3 Janda, Aloy Lu’Lu’ dan program Life Can’t Wait.Lebih membanggakan, dia juga turut membintangi filem arahan pengarah muda yang disegani, Ahmad Idham iaitu Remp-It V3.
Peluang membintangi filem memang amat dinantikan Diana kerana ia dapat memberikannya peluang untuk bekerja dalam persekitaran produksi yang berbeza berbanding drama. Menjadi-kan pelakon Anne Hathaway, Jessica Alba dan Maya Karin sebagai inspirasi-nya dalam bidang lakonan, Diana mahu berjaya dan dikenali serta dihormati kerana bakatnya.
Tidak leka dengan dunia glamor yang diceburinya, Diana seperti gadis seusianya, mempunyai hobi tersendiri. Pada masa lapang, dia gemar menari, menonton filem dan membaca majalah. Siapa sangka, graduan dari Universiti Sains Malaysia ini merupakan seorang penari yang aktif semasa bergelar mahasiswi. Tidak mahu mempersia-siakan bakatnya dalam tarian, Diana memasang impian agar dapat menon-jolkan bakat tariannya melalui projek lakonan akan datang.
Sewaktu membintangi drama Impian, dia tidak dapat menahan ketawa apabila rakan pelakonnya, Junad sering membuat aksi spontan yang membuatkannya sentiasa tidak kering gusi. Pengalaman dan detik-detik indah sewaktu melakonkan watak Aleeya menerusi drama ini sememangnya tidak dapat dilupakan dalam diari hidupnya.
Watak Aleeya yang dilakonkan Diana merupakan seorang gadis yang ber-usia 24 tahun yang baru setahun setengah berpindah ke Malaysia. Aleeya yang merupakan graduan dari Universiti Undang-Undang Melbourne adalah adiktiri Kak Ju yang mempunyai keyakinan yang tinggi, sangat sukakan cabaran, sentiasa berfikiran positif dan memotivasikan dirinya.
Tahun lepas, Aleeya meraih pelbagai pengalaman yang berharga terutama sekali dalam bidang kewartawanan. Melalui kerjayanya sebagai wartawan dan penulis kolum untuk akhbar Utusan, Aleeya mengasah kemahiran yang tidak ternilai. Paling membang-gakan, berkat kesungguhannya,Aleeya menjadi hos rancangan penuh inspirasinya, Life Can’t Wait.
Dalam Impian Sunsilk musim baru, Aleeya lebih fokus kepada impianhidup yang mahu dicapainya. Dia mahu menggabungkan segala kemahiran yang digarapnya dalam bidang teknologi maklumat disamping kemahirannya menyiasat dan mencari maklumat yang diperolehinya sebagai wartawan, serta pengalaman yang ditimbanya semasa berkecimpung dalam dunia produksi. Aleeya kini fokus untuk mewujdkan sebuah ran-cangan web yang boleh dilayari di www.sunsilkgangofgirls.com.my .Aleeya bersama rakan kongsinya, Kay kini dalam proses membangunkan se-buah syarikat mereka Gang of Girls TV.
Seorang gadis moden yang sangat sukakan cabaran serta mempunyai kreativiti yang tinggi, Aleeya sentiasa berfikiran positif setiap masa dan tidak sekali-kali patah semangat. Di saat dia menghadapi kesukaran,Aleeya sentiasa berfikiran luar kotak dalan mencari sebarang penyelesaian dan melahirkan idea yang tidak disangka-sangka.
Aleeya sentiasa memegang kepada semangat ‘Tentukan Hidup Anda’ dalam realiti hidupnya. Wanita-wanita cekal dan berjaya yang ditemubual-nya untuk “Tentukan Hidup Anda” memberikannya inspirasi. Aleeya menentukan apa yang dimahunya dalam hidup dan menguasai dirinya sendiri tanpa dipengaruhi orang lain.
nota tangan:aku da join www.sunsilkgangofgirls.com.my ,ampa bila lagi..
salam. maaf. ada x versi mp3 lagu tema impian ni..saya puas cari tp x jmpa kat internet. search punya search, jmpa link blog awak ni. kalau ada, bgi link pda saya boleh, full version lagu tema impian ni
ReplyDelete