April 29, 2009

Arsenal VS Mu

Ku nantikan kemenanganmu......


Ke Old Trafford tanpa Arshavin, Persie

LONDON: Arsenal menjanjikan pendekatan berani apabila berdepan juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah, Manchester United di Old Trafford, hari ini (awal pagi Khamis Malaysia) biarpun tidak dapat menurunkan dua pemain paling kreatif mereka.

Andrei Arshavin tidak layak beraksi manakala penjaring terbanyak, Robin van Persie cedera menjelang pertemuan separuh akhir pertama itu tetapi dengan nilai tinggi buat gol di tempat lawan, memaksa Arsene Wenger untuk mengekalkan Cesc Fabregas menambah sengat pada jentera penggempur.

Ia berjaya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu, apabila pengurus United, Alex Ferguson hadir menonton Fabregas menjaringkan kedua-dua gol Arsenal ketika menang 2-0 ke atas Middlesbrough.

"Kami mungkin melakukannya sekali lagi selepas ia agak meyakinkan," kata Wenger menjelang pertemuan pertama kedua-dua kelab Inggeris itu di peringkat Eropah selepas bersaing sejak 115 tahun.

Wenger berkata, peraturan yang menjadikan gol di tempat lawan dikira berganda jika kedudukan terikat, menjadikan pendekatan berani sangat penting.

"Pada ketika ini, anda digalakkan berhati-hati di tempat sendiri tetapi lebih berani di gelanggang lawan," kata Wenger dalam laman web Arsenal (www.arsenal.com).

Ia pasti satu perbezaan yang besar antara menewaskan pasukan yang diancam penyingkiran, Middlesbrough di gelanggang sendiri, dengan berdepan juara Eropah di Old Trafford, di mana United kelihatan mampu melebarkan rekod tanpa kalah dalam Liga Juara-Juara kepada 24 perlawanan.

"Kami akan ke sana dengan keyakinan tinggi," kata Wenger. "Kami ke sana seperti ke mana-mana di Eropah iaitu untuk menjaringkan gol dan menang."

Ganjarannya adalah tiket final di Rome menentang Barcelona atau Chelsea, yang berdepan di Nou Camp, semalam.

Apapun, Arsenal tetap berwaspada dengan bisa United yang bangkit menjaringkan lima gol dalam tempoh 22 minit ketika membelasah Tottenham Hotspur 5-2 di Old Trafford, Sabtu lalu.


6 comments:

  1. hahaha...GLORY2 MAN UTD!!
    WE WILL SEE TO NIGHT..

    ReplyDelete
  2. tamau sape2 nyanyi lagu MU disini...
    sakit tinge la sygs...
    uwaaaaa...
    ARSENALLL..

    ReplyDelete
  3. lorh...akak dgr ker??nini tulis jer..ahaks..
    :p

    ReplyDelete

cakap cakap cakap
selagi boleh cakap