Salam sayang readers..
Alhamdulillah,pejam celik pejam celik dah nak masok tahun baru islam..banyak dah yg terjadi pada saya baik buruk mahupon yang baik,semua tu ujian dari yg maha esa kan untuk umat2nya yang dikasihi. Jauh mana kita dapat tempuhi dengan sabar..banya jugak benda baik yang saya trima pada taun ni,dapat menamatkan DIPLOMA dengan sempurna then dengan berkat doa parents saya dapat sambung ke peringkat Ijazah dengan cepat. Benda buruk..hurm,usah lah di ungkitkan lagi. Jangan sesekali pertikai..hanya perlu trima dengan hati yang terbuka..haa lupa,kat sini saya nak kongsikan Doa-doa Akhir tahun dan awal tahun yang saya dapat dari JAKIM. Mari kita sama-sama amalkan..akhir kata dari saya,SALAM MAAL HIJRAH 1432H...
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Akhir Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Doa Awal Tahun
Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru lebih bermakna daripada tahun-tahun yang lalu :]
ReplyDeleteSalam..thanx infO ni.. ;)
ReplyDeletesalam tahun baru...
ReplyDeletelatest entry,
I Won an Ipod Touch From Altimet !!