February 27, 2010

Happy Birthday Ratu Hatiku



Happy Birtday mak
JAMNAH BT DAUD
27 February 1954

weehuu, alhamdulillah ari ni mak aku dh berusia 56 taun. Cepat btol masa berlalu kan, tup tap tup tap dh 56taun usia mak, Btw mak kitorang anak mak sygs sgt2 kat mak. Mak la penyeri hidup kami dunia akhirat, mak juga la tmpat adik cerita suka duka dlm hidup adik slama ni. Mak cukup teliti ngan masalah anak mak ni, mak pendegar setia tatkala adik dlm keadaan sedih. Mak la yg kembalikan senyuman adik balik kn, mak juga byk simpan rahsia adik. Mak sokong ape je ape yg adik wat melainkan benda yg xberfaedah. Thanx a lot Mak.

I LOVE U SO MUCH 

February 26, 2010

Maulidur Rasul & Jumaat

Salam di Hari yg penuh keberkatan ni, fyka nk ucap Salam Maulidur Rasul kat smua umat Islam di muka bumi ni. Moga hari² kita penuh kecerian bersama keluarga tersayang. Amin.

Fadilat & Kelebihan Jumaat
JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih.
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari. Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

February 21, 2010

3 anakku yg superb


huhhh,ari ni ari aku jd baby sitter. Pehhh bleh wat duet gak nih, bla da abesh blaja nnt bkak panti asuhan. Letih wooo,tetibe lak ari ni 3tga akk aku dtg pastuh igtkan dtg nk dok sini rpanyer nk kuar. So aku ngan mak aku la kena jaga dowang, nasib nasib. Mula² kan ase tenang skit, sbb 3tga tdo. Lam tengahari cenggitu sorang² dah mula pasang enjin, & then kan oooohhh klu di rakam ni maunya pecah enset aku. 3tga jaga serentak derrr, dah tu suma nk susu. Kalut aku d watnya nk bancuh, hehe. Btw tu suma mmg kje aku dr ank menakan aku 1st sampai la yg ke8 nih. Huhu jgn tkejut yer, tmbah² klu tyme cuti sem nih.

ni la pestime aku snap dorang ber3

Nur Husna Batrisyia Bt Alyas,Mohd Faris Hakimi B. Hazlisham,Nur Sarah Zulaika Bt Kamarul Hisham
1bulan,2bulan,5bulan


masing² tunjuk bakat depan kamera wei,hehe..
Letih aku nk suh dok diam.

February 20, 2010

10 tips Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.






Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.


Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.


February 18, 2010

Aku & Kekasih² ku di Lata Sedim Part 3


Part 3 tade cite sgt, juz upload pic terpilih dr 2 camera. Ngeee, yg len suma bahaya.


February 15, 2010

Aku & Kekasih² ku di Lata Sedim Part 2

Part 2 ,sambung blik cite..Aceli kitorang setting sal nih dh seminggu. Pnuh tekun Pengerusi kami-Naqiah atur rancangan,semata² nk tingok kitorang suma hepy + enjoy. && then ni la hasilnya, mmg berbaloi lah ikot skali. Thanx to Ira,Farah & Alia sbgai driver kitorang. Penat tuh wei drive, tp dowang tetap maintan senyum sampai la ke rumah. Makan mmg superb la babe, sedap tuh!! tp kenangan korang kna angkat keta tuh, mmg xbleh pcya derr. Xbekedip mata aku di watnya, ape² pon kerjasama mst ade kan. Klu x,keta Farah xpat kuar smpai ke mlm aku ase. ngeee~. Tp bkn suma dak pompuan klas kitorang pg, ag 8org blik kmpg. So kita tggu next trip eh,pastikan 19 DTK6 girl ikot. 


ni la DTK6 girl
Mimi,Naqiah,aku,farah,ety,mashi
ira,aini,nana,salwa
alia




Continue Part 3
mimi & alia nyer camera lak

Aku & Kekasih² ku di Lata Sedim Part 1

Senin 15hb Febuary - ari ni aku ngan classmate girl DTK6/Julai 07 g Lata Sedim, hehe..kitorang g ni pon senyap² je. Btw sgt² la enjoy, ni la pestime kitorang kuar reramai skali. Last Kuar pon tyme sem 1, tu tyme g melawat Stesen Janakuasa kat Lumut. Ni last² sem kitorang dpt berkumpul alik. ngeee..

Okayh, Kitorang bkn pg saje je. Siap ade sukaneka ag tuh, wat BBQ lak. Riuh babe, mmg enjoy abesh lah. Muka suma xsbar nk trjun air je tyme wat sukaneka & bakar² tuh. Pas settle men² sukaneka pe ag suma pkat terjun truih r lam air. Skali terjun, nah hamik kau. Mcm msok lam ais batu lak,sjuk nak mampus.

Da penat² men air, kitorang g Canopy walk plak. Hussh memerah keringat masing² panjat bukit. Tp mmg besh la wei. Ase cam xnak trun dek dah terlalu penat nek atas tuh. huhu, bwu padan muka beria² sgt nak nek suma td,ngehehe..ape² ni la pengalaman plg besh ngan dak² pompuan klas aku. Sporting moting suma,btw kat bawah ni pic PART 1 utk entry Aku & Kekasih² ku di Lata Sedim . Ni suma pic dr enset aku, ngah waiting gambaq dr 3camera ag. For Part 2 aku upload suma pic kitorang nnt kat sana.







February 13, 2010

Tutorial 4 - Cute Cursor & Sparkle Cursor

okayh,kali ni aku nk wat tutorial Cute Cursor & Sparkle Cursor atas permintaan beberapa membe aku. Btw dah byk blog wat tutorial ni, tp xsalah kan klu aku nk wat..Lets Check it out

Langkah²:
Cute Cursor

1.Pilih Cursor yg korang ska kt E G O - B O X .
2.Copy code cursor tuh & then korang paste kan kt HTML/JavaScript.
3.Pastu try view jd ke x, klu x inform eh.

Sparkle Cursor

p/s: Download full template dlu, karang xjd nyesal lak.

1.Pesli korang download code sparkle nih dulu.
2.Pastu bkak file zip tuh & then bkak coding tuh as notepad.
3.Bkak Layout-Edit HTML ,cari code head
4.Copy code kat notepad tuh && paste kan kat atas code head tuh tau
5.Carik code ni plak var colour="red"; yang red tuh korang leh tukar warna pebret korang.
6.Last, korang preview lu jd ke x. Klu dah jd bru Save.

Haaah siap pon,tutorial ekpress punyerr lah. Tade pic lgsung, so klu korang xpaham bleh la buzz aku kat chat box or comment box nih. Slamat Mencuba.


February 8, 2010

Tips Memujuk Sahabat Yang Merajuk

okayh babe, sblm ni aku ade kasi tips cane nk memujuk kekasih yg merajuk kan. So kali ni aku nk kasi tips memujuk SAHABAT yang merajuk, nmpak mcm sama kan. Tp cara nye lain skit.



making-sweetness
Jumpa Dengannya


making-sweetness

Tidak dinafikan bila korang ngan sahabat korang dlm keadaan marah kompem nk jmpa pon tamau kan. Namun ni la cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan masalah korang. Korang jangan dgr kata² org lain sebalik nya lg elok klu korang tanya la hal sebenar kat sahabat korang tu. Kejujuran kan penting dalam bersahabat. Lepas ja sahabat korang tu menyuarakan perasaannya, korang juga seboleh² berbuatlah sedemikian.



making-sweetness
Buat Kejutan
making-sweetness

Bukan mudah seseorang ingin memaafkan, tambah² klu sahabat korang tu betol² terluka ngan kata² korang. Apa kta korang buat parti kejutan untuk sahabat korang. Sesekali apa salahnya kan korang belanja sahabat korang tu. Amik hati la.



making-sweetness
Hantar Kad
making-sweetness

Kad cinta bukan sekadar untuk buah hati korang je wei, korang bleh gak decorate kad tuk sahabat korang tu. Kad tu korang letak la ayat² atau kata maaf dr korang contohnya " Saya sayangkan awak dan persahabatan kita. Maafkan perlakuan saya tempoh hari yea". Lg elok klu korang tambah la coklat ke patung comel ke. Sahabat korang pasti tersentuh dan memaafkan mu.



making-sweetness
Dail Nombornya
making-sweetness

Ada yang berpendapat mengungkapkan kata maaf dalam telefon menunjukkan seseorang itu x ikhlas. Tp kan klu kena pada gayanya, time tu sahabat korang mmg tertunggu² panggilan dr korang. Dan korang ungkapkan "Maafkan saya, saya xberniat nk buat mcm tu". Cubalah.



making-sweetness
Usaha lagi
making-sweetness

Klu xmenjadi gak, tinggalkan pesanan ringkas. Korang gak bleh antar email, xpyh la karang ayat berbunga². Cukuplah sekadar menulis dari hati. Luahkan segalanya dan paling penting jangan memohon maaf dr temanmu.



making-sweetness
Doakan dia
making-sweetness

Puas korang mencuba untuk memperbaiki keadaan tetapi sahabat korang tu tetap berkeras. Dia tetap xmau bercakap denganmu mahupun memaafkan korang. Mcm ni la, anggaplah semua tu dah berakhir. Mungkin jodoh kamu ngan dia untuk bersahabat xpanjang. Jangan sesekali mendoakan keburukan, tapi doakan kejayaan di masa akan datang. Ingt, jangan pernah memburukkan sentiasalah menyayanginya wlu ape pon terjadi.

February 5, 2010

Enam Febuari Dua Ribu Sepuluh

dua puluh satu tahun

harap² sok dapat kek nih

ahhhh syok sndri, btw 6 FEB 2010 dgn xsengajanya umo aku dah 21. Yeaaah, perangai still mcm budak² ag okayh. Muka tatau la, ade yg kta mcm dak skola && ade gak yg kta cam da kawen. tapaham². Hope pasni org da ta tegoq dah, malu arhh.