February 15, 2013

Pre Wedding & 1 months to go

Salam,

Pheuwww, bukak blog tgk ticker countdown tu lahaiii..darah makin gemuruh plak. nebess jangan tanya,selalu sgt dah dekat2 ni haha..pantang ada org tanya,tetibe pka jadi nebes..motif takut sangat kan hehe..hari tu 100 hari,hari ni sebulan..kangg sehari sejam seminit baru tahu langit tinggi rendah perasaan ni. Haa tadi sembang2 ngan kakak sulong,baru tersedar yg tarikh nikah kami sama..kebetulan jugak besday suami dia time tu..kongsi tarikh yg sama la kita yeaa. heee..

Nak kasi preview skit gambar pre wedd pka,aceli nyer kan..pre wedd ni buat bapak giler awai..dalam bulan 5 tahun lepas,kann baru 2 bulan bertunang masa tu. Pre wedd ni pka menang contest dari ALUN PHOTOGRAPHY,contest Polka Dot Cinta..saje suka2 kasi pic terbaik kami berdua la konon,pastu tetibe semangat pulak raih undi sini sana haaha..alhamdulillah,dpt raih jugak akhirnya. Photoshoot ngan dorang 3 jam,dan hasilnya sangat2 menarik okeh...





Cun kan gambar shoot dr depa,dapat banyak..tp sampai sekarang tak p ambil lagi pon dc yg dorang burn hee..dasar pemalas.

Korang yg berminat / mencari photog boleh hubungi

haa lupa tunjuk gambar yg kami cuba.


Tapi tak dapat nk hire depa as OP atas sebab2 tertentu,utk OP wedding nnt pka review after hee. 



February 11, 2013

Wedding cheklist Part 3

Salam,

Simple wedding checklist by me..ni tanda2 org yg dah mula sibuk,dah macam lipas kudung dah ni. Siapkan bekas hantaran,susun doorgift..then cari hantaran yg belum siap. Ni la sikapnya..semangat awal,pastu slow kejap. Dah dekat2 baru nak kalut kan hehe. 


Checklist Part 1 : Klik Sini
Checklist Part 2 : Klik Sini


Date

- Solemnization : 15 March 2013
- Bride's Reception : 17 March 2013
- Groom's Reception : 30 March 2013

Venue
- Solemnization : Surau My Kampung then majlis batal air sembahyang at My Homie
- Bride's Reception : My Homie
- Groom's Reception : Daus Homie

Important Documents
- Duit Hantaran : DONE
- Duit Mas Kahwin : DONE
- Tok Kadi : DONE by Ustaz Radzi

Legal Documents
- Kursus Kahwin ( Bride & groom ) : DONE
- HIV Test : DONE
- Kebenaran Nikah (Bride & groom ) : DONE

Guest
- Solemnization : Close family & close friends
- Bride's Reception : DONE prepared by my Mak Abah
- Groom's Reception : DONE prepared by FIL

Catering
- Solemnization :  prepared by my Family
- Bride's Reception : Team Masak by My Kampung
- Groom's Reception : DONE booking by FIL

Pelamin
- Solemnization & Bride's Reception : DONE ( After wedding pika review bridal skali)
- Groom's Reception : Non hadoo pelamin

Make-up Artist (MUA)
- Solemnization  : DONE ( After wedding pika review)
- Bride's Reception & Groom's Reception : DONE ( After wedding pika review)

Wedding Outfits
- Solemnization  : DONE 100% heee ( super duper tailor yg sgt senang deal,pika review after wedding eh)
- Bride's Reception & Groom's Reception : DONE ( After wedding pika review)
- Wedding Shoe Bride's : DONE ( sekali tgk terus grab,sebab mmg mencari yg boleh dipakai after wedding skali )
- Wedding Shoe Groom's : NOT YET ( cereweeeettt tahu )

HandBouquet
- Solemnization : DONE HB pearl ( DIY by my Mak )
- Bride's Reception & Groom's Reception - Done by Bridal

Photographer
- DONE ( pon after wedding akan review,guna khidmat dia utk ketiga2 majlis sebab berbaloi2)

Hantaran
9 vs 7 - DONE

For Daus
- Sireh Junjung
- Baju Kemeja + Seluar Jeans
- Set wallet & belt
- Perfume
- Towel ( Special design utk dia hee)
- Al Quran + Sejadah
- Camera Sony
- Lain-lain sponsor by My Family

For Me
- Batal Wuduk & Mas Kahwin 
- Sireh Junjung
- Sepersalinan Kurung
- Telekung 
- Al-Quran + Sejadah
- Handbag 
- Lain-lain sponsor by FIL

Doorgift
- Solemnization  : DONE ( My Mak uruskan )
- Bride's Reception : DONE ( DIY Towel cupcake by me,nanti pika review) + Cupcake & cekedis (sponsor by My Kakak )

Pengapit
- For Daus : NOT YET ( dah ada,tp comfirm tak comfirm sebab kemungkinan ada hal )
- For Me : DONE by my bff Wana
- Bridemaid : DONE ( aina,zila,jan,wani,mira,mira)


Buat masa ni,ni antara yg terpenting yang xboleh terlepas pandang hee..

February 3, 2013

Home sweet home myfiancee

Salam

Sebelum ni ada update pasal rumah sewa kan kat entry MISI JANUARI,tapi gara-gara sikap pelupa ya amat pka xsempat nk snap pic umah huhu. So hari ni,dengan rasminya myfiancee daus dah mula tinggal kat situ dah..dok sorang2 dulu la dia sebulan ni hahaha. Aceli hari ni,family daus dtg utk serahkan duit hantaran,alang2 semua ada so kitorang terus decide angkat brg2 dr umah pika yg nk dibawa ke umah sewa terus. Haaa bersebab sebenarnya dah bawa separuh brg dr rumah pika..kata mak,lapang sikit rumah ni nanti time kenduri..klu tak dah takdak tempat dah nk letak bagai almari dah ni.

Mau dibuatnya terkejut bakal mak mentua kita pon,berangkut lori bagai haha. Alhamdulillah depa semua puas hati suasana rumah tu dgn harga sewanya,mula2 bgtaw dulu mmg dorang xbapa puas hati la sbb rumah flat je pon..tp masok2 je rumah tu msg2 cakap ptt pon,lega sgt okehh.

Apa yg buat pka suka sgt ngan rumah ni salah satunya ruang tamunya yg xterlalu kecil dan tak terlalu besar. Lagi pon berdua je kan nanti,then paling2 suka dapur dia...okeh fine,klu beli rumah sendiri nnt pon belum tentu mampu buat mcm dapur rumah ni tau..bajett2. Dapur dia pulak super duper besarr sgt..selesa nk masak *masakk kerr hehe. So meh layankan gamba2 yg pka snap * sebaik bawak jugak kali ni,klu tak kecewa lg huuu..Bilik plak ada 3,tengah2 rumah bilik no 2..masterbedroom kat bahagian belakang..rasa lebih senang dok bilik no 2 even kecik sikit dr master hehe..sebab dekat dr semua.



Kawasan ruang tamu yg selesa,tak terlalu besar n tak terlalu kecil..ngam la dua org lepak.


Hall dapur yg super duper luass haaa..katanya mak pka,selesa lg lepak kat dapur.


Okeh ni yg dicakapkan tadi,dh ada rumah sendiri belum tentu dpt pasang mendalah dapur camni..idaman tahuu tak..Awal2 dh igtkan daus,klu ada rumah sendiri nk jugak macam ni..jwpn dia,tggu beranak pinak dulu haha kuangasam kan. Kakak pka pon terus cakap ngan somi dia,nk camni jugakk..



myfiancee daus yg tgh bz check toilet & shower..berasingan okeh. 


Ni plak master bedroom,bakal jadi milik berdua haha..tak sabarr,sebelah toilet lahaii hehe. Haa masok td bru teringat arah kiblat,nasib la abg ipaq ada..kebetulan rumah kakak dekat taman tu jugak,sempat la pesankan dorang bawak kompas..haa lega tanpa was2 dah arah kiblat. 


Ni la yg dikatakan bilik no 2..maybe dijadikan bilik membaca kami haha,maklumla sorang gila komik * dah kawen tak tau la leh tinggalkan tabiaat tu ke idak..then sorang lg bru nk aktifkan kembali business on9 maybe * kali ni bleh la kot nk aktif mcm dlu balik insyaallah. :)


Lastly,tak sabar nk deco sendirikkk..nak cantikkan rumah,heee lagi sebulan dinantikan2. Insyaallah. 

January 27, 2013

Doa untuk bakal suami

Salam,

Alhamdulillah,setel sudah segala bagai dokumen utk nikah nanti..setel sudah interview nikah,haaahhh lega dapat soalan ambil syarat haha. Dari 20 soalan,kena jawab 3..sekarang dh boleh setelkan final touchup untuk persiapan lain2 yg hanya tinggal kurang dari 2 bulan lagi nih. :)

27 JANUARI 2013

Sebenarnya entry kali ni nk dedikasikan utk insan tersayang pika..sempena hari ulangtahun kelahirannya yg ke-25,tak dak apa hadiah yg istimewa..hanya mampu titipkan doa buat dia yang bakal menjadi suami pika satu hari kelak. Insyaallah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Kek 2011 & 2012...tahun ni xdapat nk suprisekan mcm sblm2 ni..
Maaf ya dauss. :)



Ya Allah
Sekiranya suami ku nanti adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakikan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku nanti adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha ats segala perbuatannya
Sekiranya suamiku nanti adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaanya
Sekiranya..
suamiku nanti jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk mengahadapi segala karenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku nanti ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suamiku nanti tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suamiku nanti tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keaadaannya.
Sekiranya suamiku nanti menyintau kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka,berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbal Allamin

* Seriusly sangat sebak time dok taip doa ni utk dia.

January 21, 2013

Interview Permohonan Nikah

Salam

Hari rabu ni pka ada interview untuk permohonan nikah,haaaaahh interview!!!yeaahh kami bride to be or groom to be dari penang memang akan kena interview dulu time buat permohonan nikah nanti..nk cakap bukan 1 2 soalan tau,20 wajibb kot. Klu kena ustaz baik hati sikit,dapat la dia tanya ambil syarat jer. So ni pika nk kongsikan 20 soalan yg yg pihak Pejabat Agama dh sediakan skali dgn borang nikah,mmg da boleh study awal2 dah sebelum g interview tu heee.

1. Mengucap 2 Kalimah Syahadah
2. Istigfar
3. Selawat
4. Bacaan Al Fatihah
5. Rukun Islam
6. Rukun Iman
7. Sebab-sebab berhadas besar
8. Larangan ketikan berhadas besar
9. Lafas niat dan cara mandi hadas
10. Bahagian-bahagian air
11. Bahagian-bahagian najis dan cara bersuci
12. Rukun wuduk dan perkara yang membatalkan wuduk
13. Solat dan rukun solat
14. Rukun nikah dan perkara yang berkaitan
15. Tanggungjawab seorang isteri,suami & bersama
16. Tanggungjawab suami terhadap anak-anak
17. Aurat lelaki dan perempuan
18. Waktu-waktu haram bersetubuh
19. Talaq
20. Hak-hak selepas penceraian

Haaa semput kan,risau jgn ckp la..bkn risau tak lepas ke apa,risau blur masa kena interview tak pepasal jer hehe. Then after da abes kena interview tu yeaaa,bole kawen dah. :)

January 18, 2013

Our Journey 17 March

Salam,hari tu cakap nk update pasal status tarikh tapi tak terupdate lg kan..so hari ni rasanya dh sesuai kot..alhamdulillah,dengan persetujuan kedua2 belah pihak & dapat kata sepakat..tarikh ni yg kami pilih..

Nikah
15 March 2013
3 JamadilAwal 1434H

Resepsi

Our Journey 17 March
In a Relationship - 17 March 2008
Engaged - 17 March 2012
Tarikh ni sgt sentimetal sungguh bg kami,tak tau la camna pon dua-dua beria nk tarikh ni hahaa. Nasib la kena hari ahad,berpeluang jugak. 
Married - 17 March 2013
5 JamadilAwal 1434H



Bertandang
30 March 2013
18 JamadilAwal 1434H

Insyaallah,moga semuanya berjalan lancar dengan IzinNya..Aminn.